Arthur Conan Doyle tidak menulis seperti Agatha Christie. Meskipun kedua duanya tergolong dalam satu niche atau genre. AC Doyle pekat lenggok British fesyen lama, Agatha Christie lebih moderen. Untuk meMelayukan bahasa Doyle ada banyak jerangkap samar. Ramai penterjemah kitab Arab ke Melayu hingga kini terkurung dalam perangkap "setia kepada bahasa asal' sehingga maksud terjemahan mengelirukan. Hujah hujah mengenai perangkap ini sarat terkandung di Universiti Terbuka dan Sastera Islami yang tak perlu saya ulangi disini. Proses menterjemah bukan setakat pindahan harfiah. Ayat, gaya dan kosa kata Conan Doyle bukan jenis yang diajar disekolah. Gaya bangsawan dan tidak kontemporari. Maka saya ibaratkan proses terjemahan untuk karya lama ini sama seperti proses memasak ikan lampam British. Yang saya sediakan didalam entri yang sebelum ini hanyalah ikan yang baru dibuang kulit dan sisik Inggerisnya. Baru digaulkan garam kunyit kampong. Belum digoreng dengan minyak kelapa sawit Malaysia lagi. Bau rempah melayu ajaib betul, sampai ada yang terus meratah ratah ikan mentah. Ah, jelas kenapa Syarikat India Timur dan VOC sanggup berperang kerana rempah. Jalan mudah bikin terjemahan, seperti mana mudah masak ikan ialah dengan melemparkannya terus kedalam periuk. Kemudian dihidangkan dengan nasi serta sambal belacan. Nasi melayu juga tetapi ada sikit bau hanyir bukan? Buku buku hanyir Inggeris ( hanyir Arab juga ada) sudah banyak menyiksa. Penderitaan saya bukan alang kepalang. Duit saya habis, bertambah keliru selepas membaca. Nota: Sdr Mansor Mat Saman pernah berpesan. Kalau hendak makan nasi di kedai jangan sekali kali pergi ke Kedai Makan Melayu. Bahaya!
Puan Ainon Mohd memulakan sesuatu yang cukup menarik di blognya.
Menterjemah bukan mudah. Aku lebih selesa dengan loghat Kedah. Berikut ialah versi Kedah untuk ujian terjemahan yang terdapat di lamannya.
Holmes dah lama aku tak jumpa. Sejak aku bernikah aku rasa semakin renggang dengan dia. Bahagia yang aku rasa sejak berbini dan rasa gagah jadi ketua rumah buat aku selalu sebok, tapi Holmes, dengan perangai dia yang tak suka berguil dengan orang, la ni dok lagi di rumah kami di Baker Street, bergelumiang dengan buku buku buruk, sambil dok lawan ketagih candu, sambil dok layan angan angan besaq. Lagu manapun dia teruih juga minat dok kaji jenayah. Dengan penuh jiwa raga dia cuba cari jejak jejak, sambil usaha selesai semua misteri yang polis tak boleh buat. Kadang kadang ada juga aku dengar cerita pasai dia; dia kena pi Odessa pasai kes bunuh Trepoff, dia bongkaq tragedi adik beradik Atkinson di Trincomalee, dan berjaya selesai masalah yang dok buat penin kepala keluarga diraja Belanda.
Haaretz.com akhbar dari Israel menyiarkan satu artikel yang menyalahkan tindakan menyerang Lubnan dan satu NGO Yahudi di USA Brit Tzedek v'Shalom menyeru USA bertindak segera wujudkan gencatan senjata. Ada beberapa petunjuk dari membaca akhbar Yahudi itu menjelaskan kenapa negara Arab seolah olah membisu. Mereka rupa rupanya tidak menyenangi kehadiran dan kegiatan Hezbollah. Mungkin kerana Hezbollah ditunjangi Iran yang bukan Arab?
Sudut pandangan dari dua generasi ......
MOHD. AFFANDI HASSAN kata: Jika kita lihat realiti politik ini dalam konteks dasar kebudayaan tadi, maka kita dapati apa-apa dasar yang tidak cocok dengan kemahuan politik akan diketepikan secara terang atau tersembunyi untuk memastikan kelangsungan kemahuan politik tadi. S.M. Zakir kata: Pada masa yang sama kesedaran ini muncul bukan kerana perasaan terancam atau terdesak tetapi jelas merupakan a modicum of intelectual effort yang meraikan perkembangan pemikiran dan intelektualiti. Dasar Kesusasteraan Nasional bukan kotak sempit. (Editor Utusan akan saya jemput ke Seminar Dasar Redaksi Kebangsaan nanti...)Pesimistik dan optimistik. Apalah diharap padi seberang. Usaha menambahnilai seni budaya bangsa elok dipelajari dari gerakan persatuan bahasa Cina, janganlah diharap kepada kerajaan. Lain diharap lain yang jadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
