bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

30.7.06

Sherlock Holmes Kedah

oleh rastom |

Puan Ainon Mohd memulakan sesuatu yang cukup menarik di blognya. Menterjemah bukan mudah. Aku lebih selesa dengan loghat Kedah. Berikut ialah versi Kedah untuk ujian terjemahan yang terdapat di lamannya.

Holmes dah lama aku tak jumpa. Sejak aku bernikah aku rasa semakin renggang dengan dia. Bahagia yang aku rasa sejak berbini dan rasa gagah jadi ketua rumah buat aku selalu sebok, tapi Holmes, dengan perangai dia yang tak suka berguil dengan orang, la ni dok lagi di rumah kami di Baker Street, bergelumiang dengan buku buku buruk, sambil dok lawan ketagih candu, sambil dok layan angan angan besaq. Lagu manapun dia teruih juga minat dok kaji jenayah. Dengan penuh jiwa raga dia cuba cari jejak jejak, sambil usaha selesai semua misteri yang polis tak boleh buat. Kadang kadang ada juga aku dengar cerita pasai dia; dia kena pi Odessa pasai kes bunuh Trepoff, dia bongkaq tragedi adik beradik Atkinson di Trincomalee, dan berjaya selesai masalah yang dok buat penin kepala keluarga diraja Belanda.

7 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Hahaha!!! Hihihi!!!! Memang baguih terjemahan tuan!! Sesungguhnya, bakat yang saya cari-cari sudah saya jumpa! Hehehe!!

rastom said...

hahaha! pembaca blog puan dah marah marah!itu belum masuk loghat jawa lagi hahaha

Web Sutera said...

sdr rastom,

apa dah jadi kat blog Pn. Ainon. Bising semacam jer..aku pun tumpang semangkuk..

http://pasalbuku.blogspot.com/
http://ict-technews.blogspot.com/

rastom said...

web sutera, mereka terkejut. tengok puan ainon hidupkan balik Arthur Conan Doyle (doel macam bunyi jawa...entah entah konspirasi senyap komuniti Jawa malaysia, siapa tau?)

Anonymous said...

Syabas Tuan Rastom ! Pada mulanya saya ingat ayat yang begitu indah yang penuh dengan banyak makna dalam satu ayat adalah hasil karya Tuan Khalid Jaafar.

Sekelip mata terbuka dan tertutup maka nama yang bergelar Rastom muncul. Hebat! Hebat! Kagum! Kagum..Tiada kesalah ejaan dan bahasa berbanding dengan Yusri Adzir!

Haha.

*berilah tunjuk ajar kepada diriku yang penuh dengan kementahan dan kejahilan ini*

Puan Ainon Mohd. said...

Ingat lagi lagu P. Ramlee dalam filem "Sesudah Subuh"? Dia dan Khatijah Lim menyanyi bawah pokok tepi pantai... Ada lagu liriknya begini.....

Jikalau ku tau,
Di sini ada melati...

Tak payah merantau,
Tak payah kucari-cari...

Hahaha! Biaklah depa marah2, nanti ada banyak lagi projek terjemahan!

Teruskan sokongan anda kepada PTS!

Web Sutera said...

Utk Pn. Ainon,

Saya mmg sokong PTS, malah kagum, kerana PTS berjaya menempatkan diri sbg penerbit yg. tidak mengikut Alaf, Creative, & sewaktu dengannya.

Saya ada buat ulasan satu buku PTS di blog saya, & saya ada beli 2 buku cerita remaja sbg. hadiah anak rakan. Alhamdulillah, PTS berjaya mengisi kekosongan dlm buku2 bermutu dlm BM.

p/s: Kirim salam pd. En. Rashid.