bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Sebab terlalu banyak sangat hos untuk blog percuma sekarang ini maka akhirnya aku pilih Wordpress sebagai yang aktif, lalu kutinggalkan Blogger ini kerana beberapa sebab. Pertama, kerana ia terlalu popular macam pasar malam. Itu yang aku kurang senang sebab macam macam ada di pasar malam dan traffic jam selalu kerana pasar malam. Satu lagi, Blogger punya blogs aku tengok tak ubah macam Myspace - berkecamuk atau terlalu "noisy" buat kepala aku pening saja. Ramai pengguna Blogger pula tu mabuk grafik, letak macam macam sampai format dan frame lari herot petot. Apa punya turrrrrr!