Nukilan Pope yang disedut untuk permainan sarkas media ternyata berjaya mencetuskan kontroversi. Jualan akhbar bisa ngetop! Reaksi dari para pemimpin Islam hanya dua yang saya temui cukup serasi dengan tuntutan Islam yang saya anuti.
- mantan Pres. Iran Mohammad Khatami kata, baca dulu teks lengkap sebelum memberi komen (saya sudah baca)
- Susilo Bambang Yudhoyono: Muslim Indonesia mesti bijak dan bersabar menangani isu sensitif begini
Teks
Pope Benedict XVI boleh dilihat sebagai satu instrospeksi diri dan serangan terhadap gejala sekularisasi dikalangan masyarakat Kristian Barat (dan tersembunyi serangannya terhadap kekejaman regim Amerika-Bush). Orang Islam yang tersinggung dengan kata kata Pope tentunya lupa yang Pope itu Kepala Gereja Kristian. Tak kan dia nak memuji muji Islam. Kalau dipuji Islam elok kita jemput Sahibbus Samaahah Pope datang ke Malaysia berceramah.
Lain lain komen yang saya temui hanyalah reaksi eceran cetusan dari sumber permainan sarkas media massa.
4 komen:
pope tu tau ehwal ajaran Islam, walaupun dia kristian. ucapan dia tu dah masuk bab usul. dalam kalangan Islam sendiri, bila masuk bab usul, macam macam boleh jadi la, Allah di mana, di mulut? di langit? bab tinggi tu, macam kes politik di malaysia dulu, cerita tuhan mencarut...otak udang mana boleh faham.
Tuan Rastom,
Pope ni belajar dari Bush. Mencari kambing hitam untuk menutup kelemahan dan kehuduhan diri sendiri.
Saya rasa benar apa yang dikatakan oleh jiwa rasa, tambahan pula, pope semakin risau kerana semain ramai immigrant muslim diGerman dan Eropah, jadi dia cuba buat kecoh sedikit. Tetapi Pope tak tahu berapa ramai immigrant bukan Muslim yang duduk dinegara Islam dan dapat pula kebebasan untuk mengamalkan agama diaorang. Contoh, dieropah, nak bina minaret atau nak guna mikrofon untuk berazan pun punyalah payah, sebaliknya dinegara Islam seperti Malaysia, berlambak-lambak gereja dengan loceng-loceng mereka.
- Ubrigens, ich wunche euch alles besten am Ramadan, mogen Allah exceptiere unsere amal und vergibts uns.
Sahibbus Samaahah Pope!
Post a Comment