bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

6.10.06

Khutbah

oleh rastom |

Khutbah Jumaat di mesjid mesjid yang saya hadiri semakin hari semakin membosankan. Bukan saya sebagai makmum yang bosan, yang "membaca" khutbah juga kedengaran bosan, seperti dipaksa baca. Jika saya tertidur maka rosaklah pahala Jumaat saya. Habis salah siapa? Saya juga yang salah? Sedangkan pelbagai usaha sudah saya lakukan untuk tidak tidur semasa khutbah, namun apakan daya. Tiba tiba datang ilham, mungkin berkat bulan puasa. Saya temui satu cara untuk terus segar semasa khatib berkhutbah. Solat Jumaat di Mesjid India, khutbah dalam bahasa Tamil, kesemua jemaah Melayu nampak segar bugar, langsung tak mengantuk. Hairan juga, bila kita faham bahasa khutbah kenapa mengantuk?

9 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Jemaah masjid khutbah-baca mengantuk sebab apa yang difahaminya membosankan. Otaknya malas hendak memproses mesej itu lalu ditendang keluar.

Jemaah masijid India segar bugar sebab otak mereka sibuk cuba mengagak-agak daripada nada suara dan intonasi imam apa agaknya yang disampaikan.

Anonymous said...

sudah nak masuk 8 tahun di dubai, tak pernah pun mengantuk solat jumaat, mungkin sbb nak cuba faham apa yg khatib leterkan, apalagi kalau suara yang tinggi dan bersemangat...cuba juga dengar kutbah siaran langsung dari radio ikim melalui streaming...memang membosankan....memang boleh menidurkan....wallahualam

rastom said...

ada logik juga puan ainon!
sdr fudzail, dulu di TV3 masa zaman Yunus Said? Dia ada mana sekarang?

Anonymous said...

Kali akhir jumpa Yunus tahun lepas di rumah Khalid Ahmad. Yang pasti, pak khalid jaafar lebih tahu di mana Yunus, adik ipar dia.

zarch said...

Saya dekat sini, dengar khutbah dalam bahasa Turki atau bahasa Albani, seronok juga, tengok berbilang bahasa orang Islam dan khutbah dia singkat, dalam 10 hingga 15 minit, jadi tak sempat nak lelap mata.

Anonymous said...

Mungkin pihak berwajib patut memilih khatib yang layak tanpa memberi kekangan skrip dsb. Ia harus menggunakan format spoken language dalam penyampaian, dengan mengambil kira tempat, topik semasa, isu yang relevan dengan memnggunakan intonasi yang menarik untuk menggamit perhatian. Biarlah ianya sederhanan pendek tapi mencapai matlamat. Khatib-khatib ini boleh dibentuk kalau kita betul-betul serius dalam usaha ini.

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr FromKL,

Cadangan sdr supaya khutbah menggunakan spoken language itu membuat saya berfikir....

Nabi Muhammad SAW tidak 'membaca' teks khutbah beliau. Ini sunnah!

Jadi membaca teks khutbah, ini sunnah siapa?

Anonymous said...

Puan Ainon,

Mungkin kita patut benchmark penyampaian khutbah kita dengan negara-negara lain,spt, Indonesia, Arab Saudi, Mesir dsb dalam usaha mencari pendekatan yang sebenar.

Wassalam

Unknown said...

Bang Mat,
Saya setuju sangat dengan buah fikiran puan ainon mohd. otak kita akan lebih rajin bekerja bila berhadapan dengan isu. Macam saya waktu di kuliah, kalau dalam kelas yang professornya bercakap senada saja, muka serius saja macam tempoyak masam, punyalah bosan, jenuh dok tengok jam. menguap macam nak lekang tulang rahang. tapi kalau professor yang creative dan menyelitkan jenaka dan melibatkan orang di depannya, tak sedar pun satu setengah jam berlalu.
Salam Bulan Puasa.