bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

adibah noor! kenapa tidak gunakan Big Band yang lengkap dengan instrumen brass untuk lagu mu Ikan di laut asam di darat ha? ini versi yang tak dijual dikedai, hanya ada di blog ini, gubahan semula. versi asal instrumentasinya kurang (produser cari makan!)
powered by ODEO

7 komen:

Puan Ainon Mohd. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom,

Ada kesilapan dalam seni kata versi Adibah:

Kalau menyanyi perlahan-lahan,
"Di bawah" angin terdengar jauh (SALAH)

Kalau menyanyi perlahan-lahan,
"Dibawa angin", terdengar jauh (BETUL)

Saya suka lagu ini dan suara Adibah bagus, tetapi saya tak mahu dengar lagi lagu yang dinyanyikannya disebabkan kesilapan itu.

Anonymous said...

Bang Rastom,
Memang sedap nyanyian ini diiringi big band. Tapi versi blog abang rastom ini rasanya banyak benar sumbang-mambang pengiring orkestranya. Big band dari mana ni bang?

rastom said...

hahaha! orang dusun tambunan benar sekali sumbang mambang. Pengiringnya big band Duke Rastom yang sudah tumpul daya "pitching'nya, namun konsep big bandnya gitu yang diidamkan. nanti saya aransir satu lagi ikut selera keindiaan pula, heheheh. pakai sofwer acid pro, macam macam boleh jadi.

ORAET said...

hahaha.. baru berkesempatan dengar.. al maklum tiada pembesar suara.. huhuhu..

saya dah agak lain mcm je big band ni.. hahaha..

rastom said...

dangdut monica jones dah dengar?

Zamri Mohamad said...

Seminggu lalu saya tak dapat dengar apa-apa dari ODEO, klik PLAY pun tak ada apa apa kesan. Satu lagi Tuan, kalau kita download untuk rakaman lima belas minit boleh jadi sejam (32kb/s) kenapa ya?