Sesuatu yang menggembirakan ramai orang termasuk saya sendiri bila unika pts mula menggunakan mesin blog Wordpress. Sememangnya kena pilihan tersebut memandangkan ciri ciri kesesuaian yang terdapat pada sistem Wordpress yang pernah saya gunakan semasa mula memblog di Bahasa Dunia. (kurang aktif seketika kerana melihat ramai rakan yang menggunakan blogger.com) Tetapi blog saya yang sedia aktif (juga Wordpress) masih beroperasi dengan bahan audio di mesra.kedahfm.com Pilihan Wordpress untuk menjana kerja memblog seperti di unika PTS saya katakan tepat kerana pertama, ia menggunakan nama domain sendiri dan tidak berpaut kepada agenda bisnes blogger.com, ini penting untuk kelestarian nama bisnes PTS itu sendiri. Namasendiri tersebut bakal dicerna serta dipropagasi oleh enjin enjin carian justeru menyebarluaskan goodwill di alam siber. Kedua, ciri ciri mesra pengguna terdapat didalam sistem tersebut seperti memaparkan komen terkini, trackback (juga terdedah kepada spammer jahat) dan akses blog tersebut bisa dipermudahkan dengan bantuan sindikasi seperti RSS, Atom dan XML Saya harap webmaster blog Unika pasti akan mengaktifkan salah satu syndication feed tersebut. Kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh kesemua pihak termasuk penunjang blog tersebut Puan Ainon, ialah kemudahan mengklasifikasikan setiap entri mengikut subjek. Nah, lihat betapa dalam jangkamasa panjang kesemua entri terdahulu boleh diagih agihkan dan memungkinkan carian yang mudah. Saya katakan ini satu lompatan kuantum! Belum ada lagi serupanya membikin projek yang begini ambisius tetapi tidak mustahil. Semoga sukses! p.s : kisah Skandal di Bohemia sudah hampir tamat dikerjakan :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2006
(78)
-
▼
August
(9)
- unika pts berwajah baru lagi biru
- Senggolan dari England ketika bersama Sherlock Holmes
- adibah perlukan iringan yang lebih besar
- peterpan lebih bergaya dengan orkestra brass
- tentang Amani dan Melayunya
- Amerika menang jadi arang
- tilawah al quran internasional: ada apa yang baru?
- Kita Ada Cara Sendiri
- Bicara Terjemahan : Biso Bonar
-
▼
August
(9)
About me
Categories
- benchmark (1)
- wordpress. blogger (1)
13 komen:
setuju!.. baru terasa berada dlm dimensi lain.. hahaha.. kelestarian.. kuantum .. wooo..
Neyyyy GT,
Uzloq.
Pong 1 langkawi
Tuan Rastom,
Saya percaya UNIKAPTS itu mesti dibangunkan oleh penganut mazhab komuniti terbuka. The learning corporation.
Jadi saya ini macam pengasasnya sahajalah.
Saya akan terus menulis dan post di blog lama saya. Biar para pakar teknikalnya yang nanti siarkan semula entri-entri itu ikut klasifikasi yang memudahkan student UNIKAPTS belajar daripada web itu.
Kerja menulis entri ini pun beratttt!
Biarlah saya gunakan otak saya bagi menghasilkan contentm yang melayakkan web itu berfungsi menjadi universiti terbuka dalam bidang penerbitan buku.
Saya percaya, satu hari nanti, apa yang saya buat ini dapat mendorong pakar-pakar lain menggunakan web bagi memandaikan bangsa kita.
Saya akan kirim kata kunci web UNIKA PTS kepada saudara melalui emel.
Saya fikir sdr boleh buat kategorisasi entri-entri saya dengan lebih user-friendly.
Buatlah apa yang kita fikir bagus! Kalau tak bagus, para pembaca akan beduk tuan-tuan....
UNIKA PTS adalah hak para pejuang buku Melayu. Saya perempuan tua yang sudah memutuskan bagi diri saya, saya akan menulis dan menulis.
neyyyy from kay el! apa pasal lama tak dengaq berita? puan ainon, memang berat entri untuk blog sebab setiap hari kalau boleh mau ada bahan....
khabar baik,
ada pakai skype ke, kalau ada boleh bercakap..
pakai nama sebenar dalam skype..
sihat semua..
baru balik langkawi..cuti sek.haritu..
x dan jumpa din pun..10 thn tinggal mcm2..pokok pun dah besaq.. dan pekena mee rebus..masih rasa yang sama
e-mail i dkt,
saiddi@gmail.com
Encik Rastom hendak SUKI menang. Bagaimana dengan dayang ?
dayang tak menang pun tak jadi hal sebab dia sudah tempa nama dipersada pop, sudah ada allbum dan ramai peminat, maka saya suka beri peluang kepada Suki pula.
Tuan Rastom, Saya sokong Fayzal, ala-ala Bon Jovi. Undi mulut sahaja hahahah!
From KL,
Ini dayang, Enjin Dolmar ke?
dayang, di mana kamu sekarang, masih di KK kah?
Tom & eddie,
Kalau macam tu kita kekedai Ahmadlah, teh tarik. Aku pi ritu kedai dah tadak dah.
From KL
dayang, bagaimana mau contact kamu? ada email ke h/phone?
mau call Sabah boleh, tapi memandangkan pada tanda tanda yang dia tu dok di KL macam mana bah!
Post a Comment