bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Seringkali udang disebalik batu dari kedekatan berlebihan USA pada Israel oleh banyak kalangan dikatakan adalah kerana keserakahan Amerika untuk meraut minyak negara Arab di Timur Tengah dan kerana lobi Yahudi (kelompok penekan yahudi) di AS dan kerana modal yang berada ditangan hartawan hartawan Yahudi yang dikatakan bercita cita untuk menguasai dunia. Banyak dari anggapan ini memang bersumber pada buku yg berjudul The Protocols of the Learned Elders of Zion yang oleh terlalu banyak orang diyakini memang mengandung niat rencana dan maksud jahat kaum Zionis untuk menguasai dunia. (Sudah disyarahkan oleh Khalid Jaafar dalam blognya) Pada hal di abad ke 19 sudah terungkap pembongkaran yang pertama mendedahkan kepalsuan dari buku ini adalah akhbar berwibawa Inggeris The Times, bahawa buku tersebut adalah hasil rekayasa agen Czaris Rusia yang memang sampai sekarang pun masih sangat dendam terhadap umat Yahudi padahal dalam sejarah, umat Yahudi sudah kenyang difitnah termasuk sebagai penyebab wabak penyakit taun dalam abad ke 14 di Eropah misalnya. Penyakit taun yang disebabkan oleh tikus ini bersumber sebenar nya di China. Ketika sampai di Eropah memang sungguh merajalela. Masyarakat mengalami demoralisasi dan diperkirakan sampai separuh penduduk England meninggal antara tahun 1348-1349. Penyakit ini terus menggila selama 3 abad di England. Dan dalam wabak yg kembali berjangkit tahun 1665 sampai hampir 1/2 juta orang meninggal. Waktu itu karikatur - karikatur yang terbit memang melakarkan peranan utama kaum Yahudi sebagai penyebar penyakit ini. Sejarah modern menyebutkan bagaimana Jerman dibawah Adolf Hitler menyimpulkan bahawa segala penyakit umat manusia sebenarnya digara-garai oleh bangsa Yahudi. Jerman Nazi kemudian menawarkan Pemecahan Tuntas (The Final Solution) untuk mengatasi masalah yang dianggapnya adalah kerana ulah umat Yahudi itu, 6 juta orang Yahudi terkorban. Sampai sekarang perasaan anti Yahudi yang kemudian disimpulkan dalam ungkaan anti-semite, suatu tuduhan yang khusus di Amerika sangat ditakuti, ternyata masih terlekat pada ramai orang. Misalnya salah seorang aktor Amerika yang sangat terkemuka - Mel Gibson orang yang ketika kecil dibawa pindah oleh keluarganya ke Australia. Hingga kini Australia mengakuinya sebagai warganegaranya. Mel Gibson seorang Katolik yang taat pernah membuat filem yang laris sekali kendati dikecam banyak umat Yahudi iaitu The Passion of The Christ. Mengenai penyaliban Jesus Kristus mengikut kepercayaan orang Kristian. Waktu itu timbul bisik-bisik bahawa Mel Gibson adalah anti semite. Bulan Julai baru lalu ketika ditahan polis trafik di Los Angeles kerana memandu dalam keadaan mabuk, sempat mencarut carut dan menuduh umat Yahudi sebagai penyebab semua peperangan di dunia. Kebetulan, pegawai polis yang menangkapnya itu adalah seorang keturunan Yahudi. Setelah sedar dari pengaruh alkohol itu Mel Gibson minta maaf. Namun banyak yang kurang yakin akan penyesalannya itu. Wallahua'lam.

5 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, saya menunggu hasil kerja SH!

rastom said...

puan, sedang diusahakan. mau sebagian sebagian atau selengkapnya

Web Sutera said...

Sdr Rastom,

Wahh..very good thought. Carry on!
Ermm leh tlg skit..saya buat catering, so kalau ada sebarang keperluan utk sbrg accassion/event do contact me.

rastom said...

web sutera, saya orang kecil tak macam datok K, sekali catering main juta juta, nantilah, kalau kalau ada boleh saya bantu, boleh servis mana mana kat malaysia?

Web Sutera said...

adoii hai Rastom, tak lah harapkan juta-jutaan, tak terdaya la plak. Aikk apsal timbul isu dato K? Boring aa pasal Siti & datok K, tak yah bincang aaa..

Catering kecil-kecilan saje, memenuhi hasrat utk makan anak bini. Saya sedia terima tempahan utk KL & Lembah Klang, jgn sindir saya plak sampai seluruh negara. Adoii pedihnyerr..