bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Sekarang musim kenduri kahwin. Sepatutnya disebut kenduri nikah. Yang diraikan ialah majlis pernikahan yang baru berlangsung. Kahwin berlaku selepas itu secara tertutup mengikut adatnya. Adat berbelanja besar besaran dijustifikasikan dengan kalimat "biar mati anak jangan mati adat" Dah lama saya mengesyakki ada sesuatu yang tak kena dengan kalimat itu. Rupa rupanya ada kisah disebaliknya, dan erti "adat" yang dimaksudkan itu pula konotasi asalnya lain dari adat yang kita pegang.

Putranya,Sultan Iskandar Muda (Aceh), Meurah Pupok, dihukum rajam olehnya kerana terbukti berzina dengan isteri seorang perwira kerajaan. “Mati anak ada makamnya, mati hukum kemana lagi akan dicari keadilan”, begitulah ucapnya ketika penasihatnya mempertanyakan kebijakannya itu.

Hello World! This video clip is dedicated to you esp. the Unilangers.The MC presents the show in French. Enjoy!

27.5.06

Think global Act Local 3

oleh rastom |

Saudara si kucing Rabbi. Adakah Rabbi itu sama dengan Lebai Melayu?

25.5.06

Think Global, Act Local 2

oleh rastom |

Dalam ketiga tiga bidang seni muzik, lukisan dan penulisan terdapat satu unsur - bahasa. Muzik bahasanya bunyi. Lukisan guna bahasa warna. Penulisan guna bahasa bahasa. Dalam bahasa muzik ada aturan permainannya, sama hal dengan lukisan dan penulisan. Aturan permainan untuk menulis seperti yang ada di blog Puan Ainon. Bermacam genre/aliran ada dalam setiap tiga bidang tadi. Dalam negara kita yang saya nampak dan berani cakap, seni muzik Malaysia sudah tidak berkembang. Yang ada hanya kitsch pop. Kembang mekar lagu rap/hiphop yang dihiasi dengan tarian dan lentuk gaya negro. Bahasa Inggeris ebonics, yang saya tak faham. Mereka fahamkah? Muzik begini ibarat menulis yang noktah dan koma diletak entah dimana dan kalau didengari oleh tok nenek kita tentu disangkanya penyanyi tersebut sedang berleter. Inilah satu contoh menyerap unsur global ( global pop USA) yang lokal terbuang. prasyarat naik pentas:

  • pakai topi terbalik
  • pakai baju hujan atau yang sewaktu dengannya
  • tangan mesti merewang - rewang
  • mukaddimah dan selang seli ratib wajib dengan kata kata "Yo!"

23.5.06

Think Global, Act Local

oleh rastom |

Satu contoh mudah yang relevan dengan ungkapan ini saya teringatkan artis M.Nasir. Apa kelainan M.Nasir? Jika ada orang luar Malaysia tanya saya apa lagu Malaysia yang baik, saya hanya mau kemukakan lagu lagu Nasir. Ada banyak unsur lokal dalam karyanya. Kalau yang bertanya saya itu maukan lebih highbrow, saya akan kemukakan nama Alfonso Soliano, Gus Steyn dan kalau yang bertanya orang yang sukakan yang asli sudah tentu saya syorkan koleksi lagu lagu Hamzah Dolmat. Sebab apa saya sebutkan nama nama itu? Panjang ceritanya. Kita akan masuk ke satu bab (Arab maknanya pintu) muzikologi, psikologi dan ekonomi. Genre muzik terkini seperti hiphop, rap boleh tunggu sebentar ye.......

Sebagai rakyat yang patriotis lagi demokratis, saya sangat tasammuh dengan aktiviti kesukanan walaupun memang terkenal sebagai kaki bangku dari zaman persekolahan. Pun demikian, kaki bangkuku hanyalah dipadang. Di dalam air samada laut atau sungai kaki bangku ini punyai sedikit kelebihan. Sukan air di kolam renang tidak ramai partisipasi Melayu. Tahun 70'an di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar hanya dua orang, aku dan seorang budak Perlis, Azhar Mansor. Dia keliling dunia dengan bot dalam zaman megalomania. Ah! Itu sudah cerita lain. Cerita Sukma XI lah pulak. Belanja mengurus Sukma cukup besar. Tiap kali venue berubah, setiap negeri berusaha menyaingi negeri sebelumnya. Rakanku Ah Beng, seorang mekanik kata lebih baik buat di Bukit Jalil. Aku setuju dan rasanya rakyat Malaysia pun setuju. Sepatutnya kita sudah mampu melahirkan lebih ramai atlit yang bertaraf pingat emas bila berlawan dengan atlit (rantau ASEAN pun dah cukup)dengan belanja yang begitu besar. Tetapi hasilnya tidak. Dengan sedikit bantuan Sokrates aku dapat meneka bahawa SUKMA sebenarnya satu bisnes untuk mereka yang ada network dengannya. Sukan hanyalah sisipan yang dijelmakan sebagai hidangan utama. Yang mahal dalam menu SUKMA sebenarnya sambal, ulam dan papadom. Tali lebih mahal dari lembu.

22.5.06

Kontroversi Evolusi

oleh rastom |

Di Amerika Syarikat debat agung sedang berlangsung antara penyokong teori evolusi lawan penyokong intelligent design. Berlaku saman menyaman antara pihak samada wajar atau tidak subjek yang berteraskan fahaman evolusi manusia diteruskan disekolah. Puak yang menentang teori evolusi dipanggil Creationist (menolak teori tersebut dan percaya setiap spesis di bumi dicipta oleh satu Kuasa.) Ada satu lagi grup dalamnya yang dikenali sebagai penyokong ID (pro Intelligent Design). Bab evolusi nukilan Darwin ramai di Malaysia yang tak setuju. Asal usul kita jenis berok? Tapi saya percaya, kita semua memang berekor sebelum jadi manusia. Cuba lihat rupa spermatozoa.

Saya sedang belajar Mandarin. Bahasa dunia. Guru saya ada dimerata tempat, kawan-kawan, internet, suratkhabar, tv dan radio. Kitab apa yang tiada dalam bahasa China? Dari manual membaikki VCR, kereta motor, eletronik hingga ke buku jahitan pakaian. Falsafah ada, Lao-Tzu, Sun-Tzu pun ada. Semasa di sekolah menengah, saya terbaca ada teori sarjana sejarah kata Islam datang ke Semenanjung dari negeri China. Kedai $1.90 sudah sampai. Alat komponen komputer kita banyak yang tertulis "Made in China". Jiran kita ada yang pandai Mandarin. Di mana kita? Tabir reput politik perlu disingkap untuk menemukan kembali erti "tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China". Laman yang berkait: Languages of China Hanzismatter Learn Cantonese Bulan Bintang China (republik setahun)

Mei 20 1506, tarikh luput hayat Christopher Columbus. Hari Columbus diraikan dibeberapa tempat di Amerika setiap 12 Oktober . Ada juga pihak yang menyangkal kesahihan Columbus sebagai orang putih Eropah pertama ke benua Amerika dan tidak pedulikan Hari Columbus, sebaliknya meraikan hari Anak Watan sebagai mengingati kemusnahan dan penjajahan. Sekarang orang putih sudah jenuh dengan emas, rempah ratus dari wilayah jajahan mereka. Bumi yang bulat kini menjadi leper kata Thomas Friedman, biang keladi globalisasi gaya cowboy.

19.5.06

Podcast Arab Awalan

oleh rastom |

Konsep podcast ini boleh digunakan untuk wewujudkan audioblog. Jika ada bahan seperti forum, ceramah dan sebagainya, bolehlah dicuba. Setiap Khamis 9.10 mlm di KEDAHFM

Penerbit: Rastom A Rahman
Dengarkan!:
icon for podpress arab podcast awalan [25:07m]: Play Now | Play in Popup | Download (1)

19.5.06

Zeitgeist : Web 2.0

oleh rastom |

Mengutip semula apa yang terlepas pandang dalam mengejar teknologi duniawi, saya perkenalkan satu lagi maudhuk obrolan aktivis siber : Web 2.0 . Konsep Web 2.0 muncul dalam satu majlis. Dua jaguh bertemu. Dale Dougherty, perintis web dan VP O'Reilly , merumuskan , tabrakan syarikat dotcom yang berlaku tidak lama dulu sebenarnya telah mewujudkan satu garis pemisah. Syarikat-syarikat yang berjaya meneruskan kelangsungannya punyai beberapa ciri persamaan. Web didapati semakin dinamis dengan bertambahnya beberapa aplikasi yang partisipatif sifatnya, justeru berlangsunglah satu Konferensi Web 2.0. Ada satu jalur persamaan dengan apa yang diwarwarkan dalam Manifesto Cluetrain (apa itu Cluetrain bisa disyarahkan kemudian). Contoh mudah untuk mengenali buah tangan Web 2.0 ialah kewujudan blog. Dulu, zaman Web 1.0 hanya wujud laman web biasa tanpa partisipasi pengunjung untuk berinteraksi, menyangkal, menafi atau menyokong. Kini, Web 2.0 menjanjikan satu "perbualan" yang lepas bebas melintasi sempadan geografis. Satu lagi hasilan Web 2.0 ialah satu bentuk ekonomi baru! Fikirkan, kenapa buku Manifesto Cluetrain boleh jadi percuma? Percuma tidak bermakna murah. Revolusi internet memang seperti kata Khalid Jaafar satu empowerment. Prof. Yochai Benkler, fakulti undang-undang Univ. Yale, memberi secara percuma bukunya: The Wealth of Networks. Ingat, zaman dulu-dulu, kata pujangga, hendak seribu daya kalau mau belajar, tak perlu seribu RM. Kembali kita ke putaran asal mencari ilmu diluar garis kapitalisme. Harga di pasaran US$40.00 . Berapa duit RM$ kita? Berkaitan: Konsep Static & Flow dalam internet

سکارڠ اندا بوله مڠگوناکن تولیسن جاوی دڠن کمجوان تیکنولوجي اينترنيت. ولوبگایمنڤون ماسيه اد ببراڤا مسأله . سای کیرا تیدق سموا اورڠ داڤت مڠگوناکن کموداهن این Keperluan untuk penjawian blog:

  • Guna Windows XP
  • Aktifkan fonts untuk bahasa bahasa yang gunakan Arabic
  • Gunakan browser yang menyokong Unicode
  • Lebih baik kalau ada pemproses perkataan yang sokong Unicode seperti SC Unipad
Masalahnya kalau guna Arabic, tiada چ ڨ Saya guna huruf huruf dari set farsi dan mencungkil aksara-aksara bertitik tiga dari peta aksara unicode.

Rupa rupanya bahasa Jerman yang Indo-Eropah itu lebih kurang sama juga dengan bahasa Tamil. Ini kutemui semasa mau alihbahasa karya Rainer Maria Rilke terus ke bahasa Melayu. Kata pak guru, semasa belajar bahasa kedua/ketiga/keempat, usah fikir mau terjemah. Belajar seadanya. Itu yang aku praktik untuk bahasa Inggeris dan kemudiannya bahasa Jerman sebagai bahasa ketiga. Kerja menterjemah menuntut satu tahap lain pula. Cuba lihat bagaimana satu perkataan herauskommen boleh berselerak disana sini dalam satu ayat. es kommt dabei immer auf mehr oder minder glückliche Mißverständnisse heraus. Ayoyo Samy, itu dunia punya dalam, api kereta brek taraklah!

10.5.06

Anouar Brahem? Silap ejaankah?

oleh rastom |

Anouar Brahem yang ini mesti kuperkenalkan walaupun sudah terkenal seantero dunia. Dunia Melayu kalau mau mau globalkan tahap apresiasi seni mesti kenali Anouar Brahem dengan lebih dekat. Seni muzik bukan kilang yang memproses CD muzik untuk kunyahan robot. Mau kenal Anouar Brahem?

7.5.06

Majulah Singapura! Malaysia Boleh!

oleh rastom |

PAP menang majoriti SINGAPURA 6 Mei – Parti pemerintahan Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP), menang majoriti dalam pilihan............ ...................dah lamaa dah, macam baca suratkhabar lama juga. Majulah Singapura! Itu kuman seberang tambak, sekarang gajah didepan mata berbunyi; Antikeganasan siber -- Malaysia tubuh institut antarabangsa di Cyberjaya - PM AUSTIN, TEXAS 6 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penubuhan institut antarabangsa pertama di dunia....... ...........Pertama MSC sudah tersandung sandung. Kedua, dalam dunia siber yang menjadi key player, bukan badan kerajaan. Ketiga, Symantec Corporation, Japan's Trend Micro dan Russian Kapersky Lab adalah umpama Microsoft yang bergerak atas landasan perniagaan sudah tentu mereka berminat untuk mengembangkan sayap promosi. Dunia siber terbahagi kepada dua bloc (generalisasi) satu Open Source dengan budaya yang lain dengan yang satu lagi yang kapitalistik. Memang percecokan antara bloc wujud hingga ke alam siber juga. Keganasan itu sebenarnya modal Bush & Co., ada baiknya di pupuk R&D tempatan untuk tujuan ini dari berbelanja besar untuk bergesel bahu dengan multinasional. Mungkin yang dikejar ialah imej dan prestij?

Broadcasting is old school. Podcasting is cool. The former dictates the time, the latter allows you to decide when and where to listen. Internet online radio is just changing the medium of broadcast though the concept is still "one source-to-many-listeners-at-times-specified". Surely you'd prefer listening not according to the broadcasters' convenience but yours. You'd rather tend to other pressing tasks which the broadcasters are not interested to know. Well here's the idea of podcasting. Try it, and let me know if you like it. It's a primer on learning Thai (in Malay). I know, I can reach a wider audience if it's done in English, but this is just the beginning. In case you are wondering where the heck is that podcasting material, you'd be surprised that its there, right up yonder. Just click the title Podcasting, kalau tidak broadcasting. Voila! It's clickable!

oleh rastom |

Aku bukan berapa suka sangat dengan blogger. Habis satu dunia punya web user dia conquer. Tapi apa boleh buat, sekali sekala aku mau juga berdunia dengan orang. Kalau nak ikut hati memang aku tak mau main blog dengan blogger ni. Lain lain hal aku lebih suka nulis kat blog aku di Bahasa Dunia.