bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Saya sedang belajar Mandarin. Bahasa dunia. Guru saya ada dimerata tempat, kawan-kawan, internet, suratkhabar, tv dan radio. Kitab apa yang tiada dalam bahasa China? Dari manual membaikki VCR, kereta motor, eletronik hingga ke buku jahitan pakaian. Falsafah ada, Lao-Tzu, Sun-Tzu pun ada. Semasa di sekolah menengah, saya terbaca ada teori sarjana sejarah kata Islam datang ke Semenanjung dari negeri China. Kedai $1.90 sudah sampai. Alat komponen komputer kita banyak yang tertulis "Made in China". Jiran kita ada yang pandai Mandarin. Di mana kita? Tabir reput politik perlu disingkap untuk menemukan kembali erti "tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China". Laman yang berkait: Languages of China Hanzismatter Learn Cantonese Bulan Bintang China (republik setahun)

11 komen:

Khalid Jaafar said...

wo kan ni de hua yu hen hao. wo yer xue xi hua zhai shah anan .. mais trois semestres seulement... et maintenant je oblie beaucoup!

Khalid Jaafar said...

..xue xi hua yu ...

rastom said...
This comment has been removed by a blog administrator.
rastom said...

ni de hua yu hen hao aussi, tres bien!

Khalid Jaafar said...

Rastom, hang liskanlah blog hang ni kat ummahonline, so puak-puak integrisme pun boleh baca ide-ide cosmopolite hang.

Puan Ainon Mohd. said...

Dua orang cucu saudara saya dimasukkan ke sekolah rendah Cina.

Khalid Jaafar said...

Saya cuba masukkan anak bungsu ke sekolah Cina. Tak dapat, tak cukup tempat. Kenapa Hua Yu tidak diajarkan di sekolah kebangsaan? Jika Hua Yu diajarkan disekolah kebangsaan maka kurang tekanan bagi ibu-bapa Cina untuk menghantar anak-anak mereka ke SRJK(Cina).

rastom said...

tabir politik usang jika diselak mampu membawa pencerahan baru

Puan Ainon Mohd. said...

Kalaulah saya pandai cakap Cina, PTS sudah 4 kali lebih besar daripada sekarang@!

rastom said...

puan ainon, saya cadangkan puan buka satu unit dibawah PTS untuk terbitkan buku mandarin. Taukey boleh outsource kepakaran editor yang mahir mandarin/bahasa....kan boleh 4 kali lipat bisnes? ada hambatan undang undang kah?

Puan Ainon Mohd. said...

Semalam, seorang kontraktor Cina di Janda Baik minta buku tentang Islam dalam bahasa Cina! (saya garu kepala ni!)