Sekarang musim kenduri kahwin. Sepatutnya disebut kenduri nikah. Yang diraikan ialah majlis pernikahan yang baru berlangsung. Kahwin berlaku selepas itu secara tertutup mengikut adatnya. Adat berbelanja besar besaran dijustifikasikan dengan kalimat "biar mati anak jangan mati adat" Dah lama saya mengesyakki ada sesuatu yang tak kena dengan kalimat itu. Rupa rupanya ada kisah disebaliknya, dan erti "adat" yang dimaksudkan itu pula konotasi asalnya lain dari adat yang kita pegang.
Putranya,Sultan Iskandar Muda (Aceh), Meurah Pupok, dihukum rajam olehnya kerana terbukti berzina dengan isteri seorang perwira kerajaan. “Mati anak ada makamnya, mati hukum kemana lagi akan dicari keadilan”, begitulah ucapnya ketika penasihatnya mempertanyakan kebijakannya itu.
3 komen:
Tuan Rastom,
Sungguh bagus entri ini. Banyakkan lagi entri-entri daripada lipatan sejarah, sungguh bagus! Terima kasih.
terima kasih kembali, puan, itu salah satu daripada beberapa banyak korupsi bahasa (dan kesannya) yang elok kita tengok balik.
Tuan Rstom,
Kalau ada sebuah blog yang fokus pada hal-hal pinggiran sejarah, alangkah banyak manfaatnya!
Kemudian, entri-entri itu dapat diterbitkan semula dalam bentuk buku keras... (Hmmm.... saya nampak buku lagi!)
Post a Comment