bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

19.5.06

Zeitgeist : Web 2.0

oleh rastom |

Mengutip semula apa yang terlepas pandang dalam mengejar teknologi duniawi, saya perkenalkan satu lagi maudhuk obrolan aktivis siber : Web 2.0 . Konsep Web 2.0 muncul dalam satu majlis. Dua jaguh bertemu. Dale Dougherty, perintis web dan VP O'Reilly , merumuskan , tabrakan syarikat dotcom yang berlaku tidak lama dulu sebenarnya telah mewujudkan satu garis pemisah. Syarikat-syarikat yang berjaya meneruskan kelangsungannya punyai beberapa ciri persamaan. Web didapati semakin dinamis dengan bertambahnya beberapa aplikasi yang partisipatif sifatnya, justeru berlangsunglah satu Konferensi Web 2.0. Ada satu jalur persamaan dengan apa yang diwarwarkan dalam Manifesto Cluetrain (apa itu Cluetrain bisa disyarahkan kemudian). Contoh mudah untuk mengenali buah tangan Web 2.0 ialah kewujudan blog. Dulu, zaman Web 1.0 hanya wujud laman web biasa tanpa partisipasi pengunjung untuk berinteraksi, menyangkal, menafi atau menyokong. Kini, Web 2.0 menjanjikan satu "perbualan" yang lepas bebas melintasi sempadan geografis. Satu lagi hasilan Web 2.0 ialah satu bentuk ekonomi baru! Fikirkan, kenapa buku Manifesto Cluetrain boleh jadi percuma? Percuma tidak bermakna murah. Revolusi internet memang seperti kata Khalid Jaafar satu empowerment. Prof. Yochai Benkler, fakulti undang-undang Univ. Yale, memberi secara percuma bukunya: The Wealth of Networks. Ingat, zaman dulu-dulu, kata pujangga, hendak seribu daya kalau mau belajar, tak perlu seribu RM. Kembali kita ke putaran asal mencari ilmu diluar garis kapitalisme. Harga di pasaran US$40.00 . Berapa duit RM$ kita? Berkaitan: Konsep Static & Flow dalam internet

11 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, saya suka entri ini. Terima kasih.

Khalid Jaafar said...

Aku dengan secara rasminya mengangkat hang sebagai filasuf siber - cyber philosopher laureate!

rastom said...

puan ainon, sama sama. nanti akan sampai juga ke bab hakmilik intelektual. debat agung sedang berlangsung mengenainya...(alam siber)....Tuan Khalid, ada majlis macam anugerah bintang di istana kah?

blokbatu said...

Saya rasa Pak Rastom dengan kapitalismelah baru kita dapat menikmati erti THE WEALTH OF THE NATIONS oops minta maaf THE WEALTH OF THE NETWORKS. Rasanya itulah intipati 95 tesis Cluetrain Manifesto. Yang pertama "markets are conservations". Interaksi tanpa "aturan yang ditetapkan".

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, ya, saya sangat berminat pada debat terbaru tentang harta intelek dan hakcipta dalam konteks alam siber. Mohon ditulis catatan2 ringkas setiap kali tuan terbaca mengenainya.

Saya peribadi, saya sedekahkah apa-apa ilmu tentang penulisan, melalui blog saya yang namanya pun Universiti Terbuka. Pada waktu yang sama juga, nanti akan saya terbitkan edisi buku kerasnya.... nah, yang itu saya jual! Saya yakin, sesiapa yang membaca blog saya akan membeli edisi bukunya. (Ah! Pikir bisnes lagi saya ini...)

Saya sangat suka belajar evolusi ide2 tentang proses perkembangan ekonomi, jadi tolong tuliskan ide2 tentang revolusi ekonomi yang tuan baca, ya! Saya hari2 buka blog orang-orang pandai macam blog tuan dan blog sahabat baik tuan, yakni Tuan Khalid Jaafar.

Saya suka blog ini!

rastom said...

blokbatu:betul! dan kapitalisme tu seperti objek duniawi, sentiasa sifatnya "work in progress" dan mudah kesasar. puan ainon..sedekah puan ke alam siber itu memberi value, ia membantu membina corpus info. Sumbangan begini ada persamaan dengan amalan awal perintis internet - yakni hasil research disumbangkan dan saling dikoreksi/tambahi hingga kini sudah wujud 3rd mode of production yang dipanggil commons based. Creative Commons ditunjangi loyar Lawrence Lessig, orang undang undang macam blokbatu boleh tolong cerahkan sikit bab ini.

Khalid Jaafar said...

Perbincangan-perbincangan ini membuka pintu baru pada saya. Ini benar-benar semangat zaman. Bahkan kita di perbatasan zaman. Rastom, Cluetrain Manifesto itu perlu di Melayukan. Ini akan mengangkat bahasa Melayu ke perbatasan zaman. Jangan tunggu DBP. Mereka itu semua berjalan macam siput babi! nota bene: majlis penganugerah di istana maya.

rastom said...

satu coups d'état perlu untuk DBP.

blokbatu said...

Pak Rastom, saya berpendapat Lesen Creative Commons itu bertunjangkan konsep persetujuan bersama. Pertama musti ada Kontrak dan kedua, partisipasi yang rela. Tidak mengorbankan hak si "Author", cuma ada alternatif baru kepada pemilik hak untuk berkongsi hak tersebut( yang ingin eksploit harus mengikuti cara penggunaan yang ditetapkan oleh pemegang hak. Saya suka lonsep cyclical common used, yang ada dalam creative commons licence.

rastom said...

mmang patut diperincikan lagi hak hak intelektual yang termaktub dalam Akta Hakcipta old skool kalau mau Cemerlang - Gemilang- Terbilang :-)

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Blokbatu, mohon terangkan konsep 'cyclical common use', ini benda baru bagi saya! Terima kasih.