bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Rupa rupanya bahasa Jerman yang Indo-Eropah itu lebih kurang sama juga dengan bahasa Tamil. Ini kutemui semasa mau alihbahasa karya Rainer Maria Rilke terus ke bahasa Melayu. Kata pak guru, semasa belajar bahasa kedua/ketiga/keempat, usah fikir mau terjemah. Belajar seadanya. Itu yang aku praktik untuk bahasa Inggeris dan kemudiannya bahasa Jerman sebagai bahasa ketiga. Kerja menterjemah menuntut satu tahap lain pula. Cuba lihat bagaimana satu perkataan herauskommen boleh berselerak disana sini dalam satu ayat. es kommt dabei immer auf mehr oder minder glückliche Mißverständnisse heraus. Ayoyo Samy, itu dunia punya dalam, api kereta brek taraklah!

12 komen:

Khalid Jaafar said...

Cepat Melayukan Rilke tu. Tak sabar nak baca. Asyik baca terjemahan Inggeris saja.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, apabila diterjemahkan karya itu, urusan beli-membeli hakciptanya leceh sekali. Ditambah pula ia menyebabkan pengaliran ringgit keluar negara.

Ada cara lain yang lebih cepat dan murah, jangan terjemah, buat buku yang memperkenalkan ide-ide tokoh itu. Jadi buku itu adalah karya asli penulisnya yang bernama Rastom. (Barangkali PTS mahu menerbitkannya)

rastom said...

Puan Ainon, memang saya dok agak macam tu juga, tapi ragu juga samada karya Rilke tu dah termasuk dalam public domain seperti karya karya yang terdapat dalam http://www.gutenberg.org/ ...:-) seronok juga ada orang buku dalam internet ni!

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom,

Di Malaysia, karya masuk public domain selepas pengarangnya 50 tahun wafat!

Jika tuan menerangkan ide2 Rilke, menggunakan ayat2 tuan sendiri, buku itu hakciptanya tuan yang punya, bukan Rilke.


Nota: Ide2 tidak dilindungi oleh Akta Hakcipta! Nanti saya akan terangkan (sekali lagi) dalam entri blog saya akan hal ini.

Khalid Jaafar said...

Karya Rilke Surat Buat Penyair Muda adalah agong. Maka mesti diterjemahkan. Sadur sahaja tidak mencukupi. Dan keindahan bahasanya akan hilang sama sekali kalau dipindahkan sekadar ideanya. Saya beberapa kali membaca terjemahan Inggerisnya. Amat indah, dan mendalam.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, tumpang lalu...

Tuan Khalid, karya2 kreatif tidak sesuai disadur. Tetapi ide2 pemikiran boleh, malah ini cara terbaik apabila kita hendak mempekenalkan ide2 baru kepada pembaca yang bukan pakar.

Elok jika kita dapat menerbitkan satu set buku-buku yang memperkenalkan tokoh2 pemikir dunia untuk pembaca2 muda. Pusat sumber sekolah2 menengah akan beli... (Ah! saya ini asyik fikir bisnes saja!)

rastom said...

سيلاكن ,لالوان دبري , ,بيسنس بوكو تو كنا بوات , افلاگی بوکو ملایو (jangan betulkan pc anda kalau tak boleh baca, mungkin anda tiada fonts arab/melayu/farsi)

Khalid Jaafar said...

Wow! Macam mana nak tulis jawi dalam blog? Ini satu ketrampilan yang teramat nadir. Rastom, elok hang bukak satu blog jawi. Jadi kita semua boleh ikut dan tulis komen dalam jawi. Mungkin Rilke bukan sahaja boleh di Melayukan, bahkan dijawikan. Empowerment!

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom,
Saya dapat membaca jawi, tapi nak menulisnya.... nak kena tekan itu ini dulu.... dah tua-tua ni, nak belajar benda2 teknikal baru ni.... biar orang muda sajalah....

Khalid Jaafar said...

jawi exotika tidak mengenal usia!

rastom said...

puan ainon, saya faham, saya pun lagi 2, 3 tahun masuk 50an juga insyaallah.

Sufian said...

Saya kurang minat Rilke, lebih minat pada penulis-penulis baru spt Durrenmatt, Musil dan Broch, kalau sdr ada menterjemahkan mereka (secara haram atau halal) saya amat berminat untuk membacanya...