bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

13.7.06

Bakat PAK! 2

oleh rastom |

Pagi tadi saya temui tulisan NOOR AZAM, Isi tekad perjuangan bahasa Jelas dan faham jadinya saya apa yang sedang berlaku. Sebagai orang luar saya tidak mampu mengulas lebih dari apa apa persepsi yang saya dapati dari tulisan beliau. Pedas dan mengena. NOOR AZAM saya ambil sebagai satu contoh bakat yang diasah tanpa rasa jemu. Kayu ukur saya menilai beliau ialah dari kesan bacaan kesemua tulisannya semasa beliau menulis untuk Dewan Masyarakat. Gayanya mudah, tepat dan padat. Tulisannya kini jarang ditemui. Apakah beliau tidak lagi mempraktikkan PAK ke atas bakatnya itu ataumungkin sudah kaya raya? Guna dan Salahguna Bakat Bagaimana bakat seseorang itu boleh disalahgunakan? Sebelum itu saya mau alih pandangan sedikit. Dari sebuah kitab Farsi A'in-e Negaresh, Hosein Sami'i menjelaskan,.......

pengarang mestilah terlebih dahulu berusaha memilikki nilai-nilai terpuji pada akhlaknya. Wajar ada padanya keindahan rupa bentuk dan kesempurnaan makna, warak dan kawal nafsu, jujur dan ikhlas; mengadun karyanya dengan kebenaran serta memperelokkannya dengan logika dan berhemah; kawal lidahnya dan penanya dari hal yang mengarut; berusaha menjaga rahsia; berusaha menanamkan keyakinan pembaca; jangan menulis hal yang tidak benar; dan jangan memuji pada yang bukan patut dipuji. Pujian berlebihan bisa menjahanamkan Kesenian Tinggi.
Contoh salahguna bakat (penulisan) . Penulis upahan yang ditugaskan untuk memuja-muja seseorang tokoh, atau mengeji dan memfitnah seseorang. Kerja seperti ini berleluasa ketika hampir musim pilihanraya atau musim memilih seseorang ke sesuatu jawatan. Amalan begini berlaku semenjak era pra - Islam lagi. Adalah tidak masuk akal bagi seorang penulis yang pada satu ketika saya temui beliau dalam keadaan cukup dhaif tiba tiba menjadi kaya hanya kerana beliau mengambil upah menulis sebuah buku yang memburukkan seseorang. Wang yang diterima bukan dari hasil jualan buku tetapi dari upah menghasilkan satu manuskrip. Wang tidak lagi bermakna bila datang sakit dan kemudian tiba pula jemputan malaikat maut. Soal moral dan baik buruk kesan dari hasil tulisan tidak menjadi fokus mana mana institusi yang mengajar penulisan. Anda diajar teknik, sedikit sejarah dan hal hal berkaitan seni dan budaya. Dengan kemahiran teknik menulis, tidak mustahil anda boleh menghasilkan beberapa buah novel fiksyen cinta dan sebagainya dalam tempoh masa yang singkat. Peringatan Hosein Sami'i di atas bermaksud mengangkat taraf penulis dari menjadi hamba $ kepada tingkat yang lebih mulia ...bersambung

2 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Asalamualaiku, Tuan Rastom. Entri ini bagus sekali, sepatutnya saya yang menulisnya dalam blog saya!

zarch said...

Waullah, benar yang ditulis saudara, inilah bezanya mereka yang berfalsafah duniawi, maka disalah-gunakan bakatnya untuk tujuan duniawi, berbeza dengan mereka yang ikhlas, yang mengunakan bakatnya untuk sesuatu yang baik buat umat. Thanks untuk peringatan saudara.