bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

14.7.06

Bakat PAK! :- Senario Osmaniah

oleh rastom |

Era gemilang khalifah Osmaniah tidak abaikan unsur unsur bakat dalam menyaring calon yang inginkan jawatan di mesjid. Berikut saya perturunkan apa yang saya pernah temui dari blog Anisah:

Position of Imam of the Grand Mosque in Istanbul (the Ottoman Empire).

  1. To have mastered the languages of Arabic, Latin, Turkish and Persian
  2. To have mastered the Qur'an, the Bible and the Torah
  3. To be a scholar in Shari'ah and Fiqh
  4. To have mastered physics and mathematics up to teaching standard
  5. To be a master of chivalry, archery, duelling and the arts of Jihad
  6. To be of a handsome countenance
  7. To have a strong melodious voice
Beberapa persoalan boleh kita kemukakan, lalu simpulkan kenapa dunia seni kita jadi lesu hari ini, walaupun punyai teknologi yang lebih canggih berbanding era Osmaniah.

7 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, kalau itulah senarai kalayakan bagi jawatan Imam Besar, pastilah pada zaman itu ada ramai calon yang memang memiliki ciri-ciri seperti itu, hanya perlu memilih yang paling layak di antara ramai yang layak.

zarch said...

Salam, tapi kalau hanya jadi tok sidang dan bilal disurau-surau, takan perlukan semua kelayakan tu, kalau tak kosonglah surau kita. Bgm pun,tidak dinafikan, Melayu kita inilah yang paling berbakat, cuma sayang, bakatnya berakhir diklub-klub malam atau dihujung jarum. Melayu memang mempunyai darah seni seperti afro-amerika, tetapi tinggal arah mana nak digunakan seninya. Maaflah, saya pun tak faham sangat..

rastom said...

zar zh, masa Osmaniah dan waktu gemilang, mesjidlah pusat ilmu, maka sudah pasti tok sidang dan bilal pun bertaraf umpama profesor di universiti, bukan macam mesjid sekarang...puan ainon, Pendita ZAABA kata kalau orang dulu-dulu pandai, orang sekarang mesti lebih pandai!

Atok said...

lain era, lain suasana, lain kaedah, lain kelayakan... :)

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, kata-kata Zaaba tu memang logik, tapi logik belum tentu betul, kalau ikut logik ayat Zaaba tu, orang sekarang lebih pandai dari Nabi Muhammad, sebab baginda orang dulu, maklum dulu-dulu pisau cukur gillette pun takde! Macam kata sdr zar zh, maaflah, saya pun tak faham sangat... (Tuan Rastom jangan marah ya... nanti kena jual!)

Imran Yusuf said...

Assalamu'alaikum Pak,

Kalau ciri-ciri sebegini yang diletakkan, maka ramai pak-pak Imam di masjid-masjid besar di Malaysia pun tak akan dapat lepas saringan pertama lagi...

Alang Bidara (16/7/2006)

rastom said...

alang bidara, mungkin buat permulaan, insentif untuk pemohon yang punyai kelayakan begitu (dimodifikasi untuk kesesuaian semasa)diwujudkan...syarat mengisi jawatan kosong sekarang di lain lain jabatan pun macam tak kreatif langsung, tiada memberi kelebihan kepada pemohon yang punyai "extra edge", semua pukul rata sama saja.