Nampaknya tiada apa yang baru, segar dan memberangsangkan dalam pelan memajukan pelancongan. Idea lapuk yang terkini saya dengar ialah tumpuan kepada "night-life' seperti melanjutkan waktu operasi pusat hiburan. Kecenderongan kepada hiburan begini boleh dilihat sebagai manifestasi peribadi orang yang mengesyorkannya. Dianggapnya sejumlah besar pelancong inbound ke sini dahagakan hiburan seperti yang disediakan di kelab kelab malam disko dan sebagainya. Apakah faktor yang menarik orang luar datang ke Malaysia? Pengalaman saya semasa di Langkawi sebagai pemandu pelancong meyanggah kesemua idea idea basi yang mengatakan pusat pusat hiburan begitu perlu untuk meningkatkan pelancongan.
- 1. Tempat asal mereka (pelancong) punyai serba aneka hiburan yang lebih brutal!.
- 2. Mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk ke sini dan faktor kelebihan yang kita ada ialah cuaca panas (untuk mereka yang melarikan diri dari winter). Kos chalet dan hotel yang murah.
- 3. Faktor aman damai tenteram dan alam sekitar semula jadi. Faktor ini sudah mulai pudar terutama sekali di Langkawi bila proses gila membangunkan hotel chalet dan serba aneka yang bukan bukan bermula. Tahniah kepada Tun Mahathir juga kerana membawakan pembangunan yang berjaya memadamkan Langkawi dari radar populariti pusat pelancongan dunia. Hutan menghijau dengan sekelip mata bertukar menjadi hutan konkrit.
1 komen:
Sahabat saya memiliki syarikat dengan 72 orang kakitangan. Beliau membawa semua pergi company retreat ke Bali, sebab pergi ke Bali lebih murah daripada membawa mereka ke mana-mana hotel di Malaysia - baik Langkawi, Cameron Highlands, Genting, Lumut, PD.... Seorang sahabat lain membawa stafnya retreat ke Medan-Toba.
Post a Comment