bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

12.7.06

Bakat PAK! (Pupuk, Asah Kembang)

oleh rastom |

Teropong akan saya halakan ke bab bakat. Bab ini mungkin antara yang paling ringkas (jika saya tidak berbakat) atau bakal terpanjang sekali jika sebaliknya. Senario satu: Ahmad punyai suara yang lunak merdu bagai buloh perindu. Ada gaya penyanyi, mirip suara P. Ramlee. Suatu hari dipersembahkan nyanyiannya diiringi musik karaoke. Muzik bermula dengan intro dan senikata pun turut muncul dilayar. Ahmad pun mula berlagu mengikut senikata baris demi baris seperti adanya. Suaranya yang lemak merdu bergaung nada bes bersimpang siur dengan rentak. Irama dan lagu berpisah. Suaranya berkecamuk dalam alunan yang rentaknya menagihkan keharmonian. Ahmad rupa rupanya cuma ada suara - ritma, satu faktor penting dalam lagu tiada. Bolehkah diajar apa itu ritma? Senario kedua: Bedah suka memasak. Banyak resipi telah dikumpulkan hingga berjilid jilid. Pantang jumpa saja resipi, dicatitnya. Alat kelengkapan dapur semuanya ada, sebut saja apa jenis cooker, ketuhar gelombang, blender itu ini, ada belaka. Satu hari dijemput kesemua rakannya kerumah untuk menikmati masakannya. Itulah hari paling bersejarah (yang pertama dan terakhir) rakan rakannya menikmati masakannya. Senario ketiga: Buyong bercita cita besar ingin jadi pengarang atau novelis terkenal. Berbagai kursus, bengkel dihadirinya. Sampai peringkat ijazah pula pengajiannya khusus bidang penulisan. Akhirnya dia hanya jadi seorang wartawan yang kerjanya mencatat apa orang besar besar kata atau buat. Tiada novel atau apa bahan kreatif yang beliau hasilkan. Kerjanya setiap hari menghadiri sidang akhbar disana sini. Dengan tiga senario itu, mungkin ada banyak lagi yang boleh kita selongkar dalam teropong bakat ini PAK! , saya mengajak anda, pengunjung yang setia, yang aktif dan tak aktif sama sama menangani isu yang semakin hari semakin dipinggirkan demi mengejar masa dan ringgit. Bakat atau apa apa mengenainya tidak ada di ajar atau di PAKkan disekolah rendah, menengah atau IPT. Hanya guru yang berbakat sahaja yang mampu, itu pun sekadar merangsang - dan malangnya rangsangan itu bakal dimusnahkan pula bila bertukar guru.

4 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Saya tunggu, Pak!

Puan Ainon Mohd. said...

Bakat adalah modal asas kejayaan. Sudah ada bakat, baru ditambahkan pula teknik yang betul dan pelbagai pengetahuan, baru menghasilkan kejayaan dalam bidang apa sekalipun.

Orang selalu menyangka bisnes adalah bidang yang tidak memerlukan bakat. Itu salah. Memang ada apa yang dikatakan bakat bisnes. Lihat apa jadi kepada individu2 yang diberi projek dan pinjaman berjuta2, apabila mereka tidak memiliki bakat, projek lingkup, hutang pun lingkup.

Lihat Ramly Burger dan Rempah Adabi. Mereka mempunyai bakat bisnes. Tanpa mendapat projek kerajaan berjuta2, mereka survive dan membangun. Ijazah pun mereka tidak ada tetapi mereka menceburi sektor perkilangan makanan yang deal dengan bidang food technology.

Sebelum mengambil peserta untuk program keusahawanan, jalankan ujian bakat bisnes dahulu dalam proses saringan. Ambil mereka yang lulus ujian bakat bisnes sahaja.

rastom said...

Ramly Burger saya dengar sudah dimilikki oleh Wong & Sons..betulkah? Puan Aino punya blog tu rasanya dah terlalu sarat di muka depan..menyebabkan loading mengambil masa lama (mungkin kelemahan PC saya)..jika puan dan lain lain pengunjung mengalami masalah yang sama, saya syorkan puan limitkan entri dimuka depan setakat 4-5 entri saja, kemudiam saya tengok borang PTS Groups tu tak berfungsi..itu pun makan resources juga...elok dibuang kalau tidak berfungsi...cepat sikit loading time.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, saya akan baiki keadaan!