khalidjaafar.org memulakannya. Saya hanya melihat hujah pro-kontra. Melihat dari sudut bukan siapa pandai kerana menurut Puan Ainon logik Zaaba yang saya gunakan sukar dipertahankan. Secara defensif saya katakan pandai tidak sama dengan hikmah. Manusia boleh jadi semakin pandai tetapi berkurang hikmahnya. Yang pandai boleh bermain silap mata kepada yang jahil atau kurang pandai, tetapi jauhari juga yang nampak dimana manikam. Dalam filem Seniman Bujang Lapok, satu babak ketika trio mencari pekerjaan. Sudin: Hoi! Bai, di sini ada kerja kosongkah? Jaga: Apa hoi hoi? Melayu tarak bahasaka? Sudin beredar, kemudian kembali hampiri jaga tersebut. Sudin: Tuan Singh, saya mau tanya...... Jaga: Saya bukan Tuanlah...... Mesej P Ramlee jelas disini. Sirna glamor ketokohan seseorang yang digilap jentera media massa mampu menonjolkan orang yang kurang budi bahasanya sebagai seorang tokoh yang membela bangsa, bahasa dan budaya. Saya tercari cari dimana sudut kreativiti Kemelayuan atau Kemalaysiaan dalam kebanyakkan artifak mega yang menjadi kebanggaan negara seperti Kompleks Putrajaya. Nada! zilch! nichivo! Yilek! ----> Boulevard? Precinct? Palace of Justice? Maa maa'na ya sheikh? Kekacauan melimpah turun ke nama jawatan perkhidmatan awam pula, kini sudah ada Cif Inspektor, Rakan Cop (ingat, dulu ada Tonik Cop Gadja).....terkini saya lihat sudah ada jawatan agen penguderait (underwriter agent). Selamat maju jaya DBP!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2006
(78)
-
▼
July
(19)
- Bicara Terjemahan :
- Sherlock Holmes Kedah
- sedikit kewarasan dari akhbar yahudi
- Dasar Kesusasteraan Kebangsaan
- Siapa Sokong Israel
- Kuliah 10 minit Untuk Penulis bercita cita besar
- datuk k dan siti: lain jantina, lain pendapat
- Podcast Melayu: Pustaka Nasional Sudah Mulakan
- Podcast Bahasa Melayu!
- Bakat PAK! Mahathir - Anwar, Siapa Pandai?
- Bakat PAK!
- Bakat PAK! :- Senario Osmaniah
- Bakat PAK! 2
- Bakat PAK! (Pupuk, Asah Kembang)
- Tahun Melawat Malaysia : Tahun Baru, Idea Lama
- rak buku maya 4
- cuti
- rak buku maya 3
- rak buku maya 2
-
▼
July
(19)
About me
Categories
- benchmark (1)
- wordpress. blogger (1)
10 komen:
Yilek! Memang yilekk, tuan. Dari lubuk sanubari Mamak yang menrendah2kan Melayu spt yang terpancar dalam Dilema Melayu, takkanlahir citajiwa Kemelayuaan!
Yang saya hairan sekarang banyak orang Melayu yang mahu bergayut balik pada Mahathir, setelah mereka kecewa dengan Pak Lah.
Tapi nampaknya tak ada atau kurang sekali (?) yang berharap pada Anwar untuk memimpin mereka.
Adakah Anwar sekarang sudah tidak diperlukan atau tidak boleh diharap lagi?
susah jawab soalan begitu, mungkin bisa ditanya orang yang pernah lalui proses pengISAan, yang biasanya persis ayam jantan dicabut tajinya.
Sebut fasal Putrajaya, memang entah mana jatidiri kemalaysiaannya. Lepas tu, sibuk ke hulu ke hilir bercakap fasal membina bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia tu, bahan binaannya apa? Bahasa Inggeris? Sebenarnya, reti ke tak reti nak bina bangsa Malaysia ni? Poorah!
Sdr Harat, apabila kita bergantung kepada manusia, justeru begitulah logiknya.... tak dapat dari manusia A, dia pergi kepada manusia B, tak dapat dari manusia B, besok lusa dia boleh balik ke manusia A lagi, atau pergi ke C... Saya masih sokong DSAI walaupun saya bukan ahli parti Keadilan, bukan sebab saya harap apa-apa daripadanya, tapi saya fikir, dia dapat diterima oleh majoriti Melayu yang bukan memperjuangkan tembolok sendiri.
Puan Ainon,
Saya hanya kenal Anwar dari "jauh".
Zaman keagungan beliau saya rasa ialah zaman beliau menjadi pemimpin ABIM
Pada zaman beliau dalam UMNO, beliau hanya mendapat sokongan daripada sebahagian orang Melayu, walaupun beliau pernah jadi Timbalan PM.
Zaman reformasi menjulang balik nama beliau sebagai hero,walaupun banyak juga penyokong Mahathir yang mengutuk beliau.
Tapi sekarang, selepas beliau bebas dari penjara, apa lagi peranan yang beliau dapat mainkan?
Beliau sudah jatuh (atau dijatuhkan). Tapi adakah jalan untuk beliau bangkit kembali?
.
Salam,
Di atas ini saya terbaca nama "suhaimi said". Adakah ini Suhaimi Said, kenalan lama saya dari Temerloh, atau Suhaimi Said lain?
Kalau Suhaimi Said dari Temerloh, harap hubungi saya (harat@malaysia.com), kerana ada buku saya tentang politik Temerloh, yang akan terbit tidak lama lagi, yang akan saya hadiahkan kepada beliau.
harat, ada gangguan semantik dalam ayat/nama "suhaimi said", ada dua makna. Satu, nama orang Suhaimi bin Said, satu lagi: bahasa inggeris, Suhaimi "berkata"......tapi saya percaya yang rujuk kepada yng kedua...Suhaimi berkata.
Sdr.Rastom,
Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang kesilapan saya.
Baru saya perasan, suhaimi said di situ memang bermaksud "Suhaimi berkata" ; bukan Suhaimi bin Said. Kalau Suhaimi bin Said, tentu "said"nya dua kali.
Sdr Harat,
Semua perkara dalam kuasa Tuhan. Tapi saya sekarang fikir ikut logik akal sayalah. Kenapa PAS sampai saat ini masih kuat dan ikhlas mengambil hati DSAI? Sebab, DSAI dapat diterima oleh golongan kelas menengah dan kelas terpelajar Melayu (SPM ke atas).
Post a Comment