bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

5.7.06

cuti

oleh rastom |

Hari ini cuti blog. Mau cari bahan bukti, penyata itu ini, untuk elak dari membayar cukai. Mana boleh tahan, anak anak sekolah kena duit, hutang itu ini kena bayar, Indahwater dah hantar surat merah hisssss! Minyak naik, cukai kereta kena, tol lagi. Getik bebenor!

16 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Sewaktu Dato' Seri Anwar Ibrahim Menteri Kewangan, beliau memberi bebas cukai RM24 ribu ke atas royalti buku dan RM12 ke atas honorarium terjemahan. Tulislah buku, 1 sen tak kena cukai selagi dalam braket2 itu.

Khalid Jaafar said...

Aku semalam pergi balai polis, bayar sama traffik, kalau tak tak boleh renew road tax, dah kena blok. Ada lebih 20 saman belum bayar. Nasib baik kena bayar dua sama sajar untuk renew cukai jalan.

rastom said...

pengswastaan PDRM dalam diam

Puan Ainon Mohd. said...

Sebagai penulis dan penterjemah, tuan jangan lupa simpan resit2 membeli buku, akhbar, majalah, bil internet, komputer, printer dll alat kerja penulis... semuanya berguna bagi mengurangkan cukai.

Dulu sewaktu saya masih menjalankan bisnes training, saya serahkan bil2 membeli baju, kasut, kereta, bil hotel, minyak dll yang semuanya saya pakai dan gunakan bagi menyampaikan sesi training...

Kalau masih ada lagi baki kiraan cukai yang mesti dibayar, saya serahkan jumlah itu ke SAR sebagai zakat.

Jangan lari daripada kewajipan membayar cukai, itu salah. Kurangkan cukai, itu yang betul...

rastom said...

puan ainon, terima kasih. seruan tulis buku - saya sedang bikin -tapi bukan kerana insentif cukai. Mengenai tips simpan bil pun berguna sangat tu. Cuma bab salah lari cukai yang saya rasa tak salah. Dalam falsafah ada bahas fasal undang undang adil dan tak adil. Ada undang undang yang di panggil bad laws.

Puan Ainon Mohd. said...

Hahaha! Betul tu, Tuan Rastom, kita 'larikan' cukai, duit tu jangan hantar ke LHDN, sebaliknya kita hantar ke SAR!

padangrata said...

Tidak semestinya ke SAR, ke seminari pun Insyallah diberkati.

rastom said...

abu hazig, ke seminari, atau ke ashram hehehe, asalkan jangan duit tu digunakan untuk tikam kita balik kan?

padangrata said...

Betul tu pak Rastom, saya setuju, kena tengok-tengok juga adakah sumbangan kita ke sekolah-sekolah agama ini tidak menikam belakang kita. Menjadi suicide bomber misalnya

Puan Ainon Mohd. said...

Lebih ramai orang mati berdarah2 di jalanraya daripada mati oleh suicide bomber....

Anonymous said...

suicide bomber satu istilah politik, sarat dengan makna sejarah dan budaya konflik. Digunapakai oleh jurnalisme yang tidak menelusuri hukum "sebab-akibat'. Tindak balas tidak rasional ke atas perbuatan yang tidak rasional.suratkhabar mencari jalan mudah untuk menjelaskan kejadian tersebut kerana surat khabar sebenarnya "cari makan" bukan kerjanya memberi kefahaman. lagi lambat Siti nurhaliza kahwin lagi baik untuk bisnes akhbar.

Puan Ainon Mohd. said...

Berkenaan 'suicide bomber' saya pernah bertanya kepada penasihat peribadi saya dalam hal-hal agama, yakni apakah ada sunnah yang membenarkan amalan 'suicide bombing' itu.

Maka penasihat agama saya menerangkan, (saya tidak ingat detail teknikal sunnah ini) lebih kurang maksudnya begini:

Pada suatu peperangan, dalam keadaan bala tentara musuh amat kuat, seorang sahabat datang dan bertanya kepada Nabi SAW apakah patut dia masuk dan ke tengah-tengah bala musuh, lalu Nabi membenarkan (sedangkan waktu itu logiknya musuh pasti membunuhnya, jadi tindakan oleh sahabat itu memasuki bala musuh adalah seumpama sengaja mencari mati). Wallu'alam.

rastom said...

puan ainon, kalau mau hijrah blog kepada yang percuma juga, saya syorkan wordpress.com (dgn wordpress kita boleh transfer entri dan komen) cuba register dulu, lepas tu saya bantu.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, jika sehari ini masih tidak pulih, saya akan ikut nasihat tuan!

Puan Ainon Mohd. said...

Sudah pulih!

rastom said...

telan Panadol berapa biji?