bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

31.7.06

Bicara Terjemahan :

oleh rastom |

Arthur Conan Doyle tidak menulis seperti Agatha Christie. Meskipun kedua duanya tergolong dalam satu niche atau genre. AC Doyle pekat lenggok British fesyen lama, Agatha Christie lebih moderen. Untuk meMelayukan bahasa Doyle ada banyak jerangkap samar. Ramai penterjemah kitab Arab ke Melayu hingga kini terkurung dalam perangkap "setia kepada bahasa asal' sehingga maksud terjemahan mengelirukan. Hujah hujah mengenai perangkap ini sarat terkandung di Universiti Terbuka dan Sastera Islami yang tak perlu saya ulangi disini. Proses menterjemah bukan setakat pindahan harfiah. Ayat, gaya dan kosa kata Conan Doyle bukan jenis yang diajar disekolah. Gaya bangsawan dan tidak kontemporari. Maka saya ibaratkan proses terjemahan untuk karya lama ini sama seperti proses memasak ikan lampam British. Yang saya sediakan didalam entri yang sebelum ini hanyalah ikan yang baru dibuang kulit dan sisik Inggerisnya. Baru digaulkan garam kunyit kampong. Belum digoreng dengan minyak kelapa sawit Malaysia lagi. Bau rempah melayu ajaib betul, sampai ada yang terus meratah ratah ikan mentah. Ah, jelas kenapa Syarikat India Timur dan VOC sanggup berperang kerana rempah. Jalan mudah bikin terjemahan, seperti mana mudah masak ikan ialah dengan melemparkannya terus kedalam periuk. Kemudian dihidangkan dengan nasi serta sambal belacan. Nasi melayu juga tetapi ada sikit bau hanyir bukan? Buku buku hanyir Inggeris ( hanyir Arab juga ada) sudah banyak menyiksa. Penderitaan saya bukan alang kepalang. Duit saya habis, bertambah keliru selepas membaca. Nota: Sdr Mansor Mat Saman pernah berpesan. Kalau hendak makan nasi di kedai jangan sekali kali pergi ke Kedai Makan Melayu. Bahaya!

11 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan adalah jurucakap yang tepat bagi tugas membuka "lembaran baru" dalam seni terjemahan!

Anonymous said...

Menerjemahkan sesuatu tulisan bahasa asing ke bahasa Melayu, mestilah menurut lidah dan fikir orang Melayu dan menurut gaya bahasa Melayu baku.
Rasa saya, yang Tuan Rastom terjemahkan menurut loghat tu bukanlah untuk tujuan diterbitkan. Acah-acah aje kot?

Web Sutera said...

Rastom,

Tahniah utk anda. Dapat pujian dari boss PTS. Selamat menterjemah. Aku tetap selalu, membaca & terus menulis utk beberapa majalah, di samping buat marketing & delivery foods for office.

salams ukhuwah

rastom said...

terima kasih!
suhaimi, satu cara untuk pindahkan lenggok bahasa Inggeris ke Melayu boleh dibuat dengan mengkampungkan dulu apa yang kita faham dari bacaan. gangguan harfiah itu yang selalu membuatkan ayat kita jadi inggeris (atau apa bahasa asalnya). web sutera, saya baru tau anda penulis profesional! tahniah juga.

Khalid Jaafar said...

Kalau ada KEDAI MAKAN ISLAM apa kita nak buat?

Anonymous said...

Nasi datang dari jauh
Datang bermusyawarah
Bukankah Nasi tetamu kita ?

Budaya kita budaya beradab
Melayan tetamu dengan baik
Menjaga maruah
Menjaga kelakuan

Kenapa Ketua Mafia kita mengetuai sekumpulan jasad dari Zoo ?
Mengetuai membuat kecoh
Kecoh di depan Nasi
Orang datang bermusyawarah
Orang tidak datang untuk kecoh
Inikah budaya kita yang tidak beradap ?
Tidak sopan ?

Mamalia jenis apakah mereka ?
Mulut bising tiada guna
Kalau mahu berjuang untuk Israel
Berjuang disana
Bukan disini

Aku cabar anda semua yang setia pada perjuangan
Tidak mencari populariti
Bukan demi kepentingan dan kebaikan diri
Tiada faedah serta maafat
Maka
Bawalah M16 khidmat negara dan keris emas itu pergi ke Lubnan dan lawan
Lawan seperti lelaki sejati
Jeritlah sekuat hati anda
Itu perjuangan ikhlas
Tiada kepentingan , nama , maanfat dan faedah

Perkara yang lebih memeranjatkan ialah pembakaran bendera
Mamalia apakah jenis ini ?
Sampai bendera hendak dibakar?
Kalaulah kedua-dua bendera yang dibakar itu mahu membakar bumi ini
Bila-bila masa sahaja nama Malaysia sudah tiada di permukaan bumi
Yang pergi ke Khidmat Negara pun akan mati semua

Aku tertanya-tanya lagi
Inikah cara kita melayan tetamu ?
Inikah cara kita berjuang ?
Inikah adat kita ?
Inikah buday kita ?

Kain melilit di kepala seperti Ninja Turtle
Kalaulah hebat jadilah Ninja dunia di Lubnan
Bahasa orang putih kata Action itu speaks louder than words

Cukuplah dengan publisiti murahan
Malaysia sudah cukup dimalukan
Adat kita dihakiskan
Tetamu kita dikecewakan

Yang Ketua Mafia itu pun satu
Belajar di Pondok Terkemuka Dunia
Orang berpengetahuan
Berkelakuan seperti ...... ( terpulang pada tafsiran individu ) ....
Memalukan golongan terpelajar
Memalukan ilmu di dunia ini
Memalukan segala buku yang pernah dibacanya

Aku pun hairan
FRU biasa sangat ganas
Lebih ganas dari Harimau
Harimau takut pada Ninja Kura-kura ke ?

Ini dalam negara
Yang patut diperjuangkan tidak
Artikel 11 dipertikaikan
Rakyat sendiri ditindas
Rasuah menguasai negara
Kezaliman dan ketidakadilan sebahagian hidup di sini
Tidak pun Ketua Mafia berdemonstrasi memperjuangkan isu-isu ini

Aku cukup letih lihat dunia politik yang semakin hiprokrit
Negara sendiri belum cukup baik mahu jadi hero negara orang lain
Kalau mahu glokal pergi Israeal
Lepas itu aku bersujud , hormat dan kagum padamu
Bising di sini LOKAL sahaja.
Tak glokal pun

Orang tua disini disembur lada
Apa bezanya orang Lubnan disana ditembak senjata
Bezanya hanya jenis senjata
Mula-mula Israel guna senjata lepas itu bom
Mula-mula lada lepas itu apa pula ?

Kalaulah orang dari Bulan yang berdemonstrasi
Aku tak hairan
Sebab mereka itu fanatik
Mereka dari dahulu aku tau dah
Itu Ketua Bulan pun suruh anak muda-muda baling batu

Aku suka Hadhari
Aku sokong 10 intipati menuju ke arah pembangunan ekonomi , tekonologi dan pengetahuan
Bila pula ada dalam Hadhari suruh bakar bendera ?
Melayan tetamu bagaikan musuh ?

ROSAK ROSAK ROSAK !


ROSAK ROSAK ROSAK !

( tolong terjemahkan dari awal sampai akhir jika tuan Rastom sudi , kalau nak sambung pun tiada masalah)

rastom said...

shenyeeaun, terjemah ke bahasa apa agaknya. sajak anda ini berkuasa dan berapi api hingga boleh memasak Pn Kondo Nasi, mengalahkan gerombolan ninja palsu.

rastom said...

Tuan Sheikh khalid, kedai makan islam lebih lebih lagi yang ada tulis 786 dan bulan sabit & bintang, elok dijenguk lokasi tandas dan dapurnya dulu.

Anonymous said...

Bahasa apa sahaja. Haha
Tapi Nasi itu mesti diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris sebab Nasi itu nama orang itu dalam Bahasa Inggeris....

Anonymous said...

Tapi aku risau bila tuan menterjemahkan ketua mafia itu kepada nama orangnya jika tuan tahu siapanya ... zoo itu kepada kumpulan sebuah pertubuhan.....Bulan kepada pertubuhannya dan pemimpin pertubuhan bulan....


masuk ISA! ahhaha..... kalau sebut bulan tak ada masalah...kalau zoo dengan ketua mafia dan ninja turtle diterjemahkan kepada orang dan pertubuhan sebenar maka semua orang sudah tahu apa yang saya ingin sampaikan....

kejadian ini baru berlaku tak lama sahaja....

Anonymous said...

Nasi datang dari jauh
Datang bermusyawarah
Bukankah Nasi tetamu kita ?

( Rice , setiausaha Amerika Syarikat )


Kenapa Ketua Mafia kita mengetuai sekumpulan jasad dari Zoo ?
( Khairy ,timbalan pemuda UMNO)

Aku cabar anda semua yang setia pada perjuangan
Tidak mencari populariti ( Khairy )
Bukan demi kepentingan dan kebaikan diri
Tiada faedah serta maafat
Maka
Bawalah M16 khidmat negara dan keris emas ( keris yang hisham pegang) itu pergi ke Lubnan dan lawan

Kalaulah kedua-dua bendera yang dibakar itu mahu membakar bumi ini
( Israel dan AS )

Yang Ketua Mafia itu pun satu
Belajar di Pondok Terkemuka Dunia
Orang berpengetahuan
(Universiti Oxford)

Aku pun hairan
FRU biasa sangat ganas
Lebih ganas dari Harimau
( cederakan pembangkang)
Harimau takut pada Ninja Kura-kura ke ?
( Ninja , UMNO yang melilit kepala )




Orang tua disini disembur lada
( Dr Mahathir )

Kalaulah orang dari Bulan yang berdemonstrasi
(PAS)

Itu Ketua Bulan pun suruh anak muda-muda baling batu
(Hadi Awang)