Setelah berehat selama beberapa hari sambil mengulangkaji pelajaran bahasa Rusia, saya temui beberapa keanihan dalam sistem bahasa tersebut. Semua bahasa ada. Contoh bahasa Rusia, sewaktu menyatakan waktu. Dva chisa: Pukul Dua, Tri Chisa, pukul tiga tetapi bila masuk pukul lima, Chisa terpaksa berubah jadi chisu. Pelik betul! Bahasa Rusia berserabut dengan hukum nahu yang pada sesetengah orang Rusia sendiri jadi pening. Sama halnya dengan bahasa Polandia. Tatabahasa yang terlalu rumit membuatkan L. L. Zamenhof menerbitkan Unua Libro tahun 1887, yang menghasilkan bahasa Esperanto. Impian Esperanto tak kesampaian. Seorang rakan saya menulis kenapa beliau meninggalkan harakah Esperanto kerana terdapat unsur unsur negatif. Bahasa Polandia: Satu cabang bahasa Slavik. Sampai sekarang niat belajar bahasa Polandia tinggal niat sebab susah untuk mengingati nahunya. (Mungkin sel otak dah semakin kurang). Bab bab yang berkaitan jantina sudah cukup mencabar sama seperti bahasa Arab, bedanya bahasa Arab boleh kita anggapkan sebagai bahasa asing yang tidak asing. Setiap hari kita berbahasa Arab, tapi jangan ajak berbual. Bahasa Cina Mandarin juga buat saya teruja tetapi yang sering menewaskan pelajar diperingkat dewasa begini ialah huruf huruf Hanzi. Mana ada masa mau hafal kesemuanya? Pendidik bahasa Mandarin kata sekurang kurangnya hafallah 2,000 Hanzi yang lazim digunakan. Saya cuba 10 pun sampai sekarang tak melekat di memori. Bahasa Jerman: Setelah ditiup ilham dari buku teks Jerman yang saya "pinjam jangkamasa lama" dari Ustaz Khalid Jaafar, alhmdulilah sekarang dah boleh membaca (dengan bantuan Globalwoerterbuch). Ditambah pengalaman jadi pemandu pelancong tak berlesen semasa di Langkawi. Diwaktu pulau tersebut mula beroperasi sebagai pulau bebas cukai tahun awal 90'an memang Langkawi sasaran utama Urlauber dari Deutschland. Majoriti orang Jerman fasih bahasa Inggeris, cuma mereka kehairanan kenapa si Mamat ini galak sangat nak belajar bahasa Jerman. Wie lange hast Du Deutsch gelernt= Berapa lama sudah kamu Jerman Belajar? Itu soalan pertama bila saya mencuba kemahiran bahasa mereka. bersambung ke Caca Merba 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2006
(78)
-
▼
June
(19)
- rak buku maya 1
- Da Vinci Code
- NONZERO untuk Malaysia
- Jakim boleh minta khidmat saya
- Kris pelbagaiguna
- DBP dan rempuhan globalisasi
- disinformasi
- Caca Merba Potpourri
- Kenapa saya suka muzik jazz
- Tan Sri Dr Zaaba
- Semakin menarik!
- Open Source dan Keberkatan : Finale
- Open Office dan Keberkatan II
- OpenOffice dan Keberkatan
- Hizbut Tahrir: Satu Sistem Monolitik dalam bikinan
- tiru macam saya? jangan!
- Wayang Kulit Kedah: Langgar Tradisi
- Puan Ainon, PTS dan Amazon
- malay sounds and spelling
-
▼
June
(19)
About me
Categories
- benchmark (1)
- wordpress. blogger (1)
5 komen:
Dari mana pula asal usul "caca merba" itu? Apa itu "caca," apa itu "merba"? Apakah "caca" itu bubur caca?
Hahaha! Tuan Rastom! Tuan fikir tatabahasa Melayu tidak cacamarba? "diwaktu" salah, "pada waktu" betul! Begitulah logik bahasa, ia tidak serupa dengan logik formal....
Puan Ainon, saya setuju, tetapi tidak sepenuhnya. Tata bahasa bukan hukum, hanya kebiasaan. Kenapa "di" hanya untuk tempat, bukan waktu. Ayat "dikala itu" saya kira betul, dan "kala" adalah bahasa Sanskrit yang bermakna "waktu."
Tumpang lalu....
Tuan Khalid, tatabahasa memang ciptaan manusia, kecuali tatabahasa dlm bahasa al-Quran, yang lain-lain ciptaan manusia. Jadi ciptaan kita mencerminkan sifat-sifat kitalah, yang logiknya cacamarba. Mahu ikut tatabahasa Zaaba boleh, mahu ikut tatabahasa Dewan pun boleh, tak mahu ikut pun boleh! Yang penting ada karya untuk kepustakaan Melayu.... Mana ada tamaddun yang dibangunkan tanpa didahului oleh pembangunan kepustakaannya.
Hidup buku Melayu!
nampak ada logik dikaitkan caca dengan bubur caca dan merba itu ikut loghat Penang bunyinya marba (sambil kepala sikit goyang) ertinya campur segala serba dan herba. Puan Ainon, nak tanya, bab atau bidang apa yang kepustakaan Melayu kurang sekarang?
Post a Comment