bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

27.6.06

Da Vinci Code

oleh rastom |

mantan pegawai JAKIM dan Amir Sari yang memberi komen perihal kebijaksanaan JAKIM mengharamkan beberapa buah buku ingin saya panjangkan. Da Vinci Code dipersembahkan sebagai sebuah karya fiksyen. Masalahnya, fiksyennya bercampur baur dengan watak watak historis yang benar wujud dalam sejarah seperti Jesus. Tanggapan Dan Brown terhadap siapa itu Jesus tidak sama dengan fahaman kita terhadap Nabi Isa. Perlu dingat sepanjang sejarah, kontroversi siapa Jesus Christ tidak pernah selesai. Dan Brown saya lihat sebagai seorang oportunis kreatif yang mencuri banyak idea dari usaha kajian Baigent & Leigh. Sebelum terbitnya buku The Holy Blood and the Holy Grail ada sebuah buku lain berjudul The Dead Sea Scrolls Deception, yang mempersoalkan kesahihan Jesus disalib dengan andaian dan ujian saintifik. Ada sesuatu yang terlindung disini. Teori Baigent & Leigh yang kemudiannya diciplak oleh Dan Brown yakni perihal susur galur cucu cicit Jesus Christ dari perkongsian hidupnya dengan Mary Magdalene tidak boleh dipertahankan dan dianggap sebagai satu teori konspirasi yang sama tarafnya dengan Protocols of the Elders of Zion. Tukang karutnya juga seorang Perancis yang anti-semitik, Pierre Plantard. Walaubagaimana pun saya rasa tertarik dengan beberapa hujah Baigent & Leigh. Saya tidak membaca Da Vinci Code kerana telah mendahului menghadhami teori teori yang dibentangkan oleh Baigent & Leigh. Andainya JAKIM mengharamkan Da Vinci Code, maka elok juga haramkan kesemua buku buku yang revisionis sejarah Jesus Christ. Soalnya adakah orang JAKIM membaca?

5 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, entri tuan itu layak sekali diterimapakai oleh JAKIM sebagai hujah rasmi TIDAK mengharamkan Da Vinci Code.

Anonymous said...

Minta maaf jika soalan yang akan dikemukakan mungkin sensitif.

Dan Brown masih hidup dan bergaut berjuta-juta ringgit dengan tulisan kontroversialnya mengenai Nabi Isa.

Bagaimana pula jika individu A menulis tentang kontroversial ataupun fiksyen Nabi Muhammad ?

Adakah akan adanya demonstrasi secara besar-besaran ataupun pembakaran bendera sesebuah negara seperti yang berlaku di negara Indonesi? Ataupun apa yang akan berlaku ? Apakah reaksi umat islam ?

rastom said...

shenyeeaun, fiksyen nabi Muhammad sudah ada dibikin oleh Salman Rushdie. Anda sudah tau akibatnya kan? Fiksyen mengenai kehidupan Jesus agak sukar nak dibandingkan dengan fiksyen Nabi Muhammad. Jesus dipercayai disalib, orang Islam tidak percaya cerita Jesus disalib. Kisah nabi Isa ada di dalam al Quran dan orang Islam tidak percaya cerita pengsaliban itu. Unsur unsur ketuhanan diletakkan pada Jesus sedangkan muslimin meletakkan beliau hanya sebagai manusia bertaraf nabi.masalahnya bila persoanliti seseorang itu dikaburi dengan pelbagai misteri, maka akan timbul pelbagai tafsiran. Biblical Jesus tidak sama dengan historical Jesus. Leigh dan Baigent dan gerombolan yang tidak dapat menerima biblical Jesus mencari bukti bukti sejarah...tetapi terkutip bahan yang dipalsukan (oleh Pierre plantard) seorang antisemitik...sama halnya jika kita cuba memahami sejarah Arab-Yahudi, jangan dirujuk dokumen yang batil seperti "Protocols of Elders Of Zion".

Zamri Mohamad said...

Petikan dari kenyataan rasmi Islamic Propagation Centre yang diasaskan oleh Syeikh Ahmed Deedat...

Dan Brown’s‘The Da Vinci Code’says‘every faith is a fabrication’
On page 451-452 of his book he writes :
‘But you told me the New Testament is based on fabrications’
Langdon smiled. ‘Sophie, every faith in the world is based on fabrication. That is the definition of faith- acceptance of that which we imagine to be true, that which we cannot prove. Every religion describes God through metaphor, allegory and exaggeration…
If you and I could dig up documentation that contradicted the holy stories of the Islamic belief, Judaic belief, Buddhist belief, pagan belief, should we do that?..Or that Jesus was not born of a literal virgin birth?

http://www.ahmed-deedat.co.za/frameset.asp

rastom said...

zamri, terima kasih!