bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

16.6.06

Kenapa saya suka muzik jazz

oleh rastom |

Citarasa dan kemampuan menikmati lagu jazz tidak ada pada semua orang seperti mana tidak semua orang mampu menghargai karya seni lukisan abstrak dan yang konseptual. Format yang tidak terlalu abstrak(kerana keterikatannya pada norma amalan zamannya seperti lagu kelasik pun sukar dihayati kalau telinga tidak dilatih untuk keluar dari tempurung. Tempurung itu hijab yang membuat kita suka dan selesa kerana otak tidak perlu digerakkan untuk mengkaji sebab musabab kenapa begitu, kenapa begini. Tempurung ini mungkin diwarisi seperti mana golongan jahiliah sukar mengubah amalan nenek moyang mereka yang sekian lama bermastautin di dalam zon selesa mereka. Maka apa saja yang disogokkan di corong TV/radio dan dikatakan bagus, itu yang diterima. Anda dibebaskan dari tirani budaya pop yang sentiasa perlukan suntikan wang setiapkali seseorang artis menerbitkan album. Anda tidak perlu peduli lagu/ artis mana ditangga Top 40 Amerika atau Malaysia. Cukup hanya satu album jazz, anda boleh mengulang dengar berkali kali tanpa rasa jemu untuk selama lamanya. Saya boleh nikmati tiupan saksofon John Coltrane terbitan tahun 50'an hingga ke hari ini. Mau tau kehebatan John Coltrane? Saya hanya sekadar mengkagumi kemampuannya menerobos keluar dari amalan lazim struktur permainan, tidak seperti orang kampungnya yang mengangkat beliau menjadi nabi. Bagaimana cara mendekati Seni Tinggi (ikut istilah Puan Ainon) jazz? Seperti bidang seni yang lain, pertamanya ketahuilah bentuk dan struktur muzik. Jika anda biasa bermain alat muzik, kenalilah keseluruhan gamut kemampuan alat tersebut membunyikan sesuatu nada. Jika anda boleh menyanyi, kajilah setinggi mana suara anda dan nada apa yang paling rendah boleh anda dendangkan. Bidang seni sebenarnya mengajak anda mengenal dunia anda sepenuhnya. p.s. John Coltrane pernah menerbitkan sebuah album, sebuah karya impresionistik introspektif dan ada kalangan yang berpendapat ratib yang terdapat dalam lagu tersebut sebenarnya bukan berbunyi A Love Supreme, tetapi Allah Supreme. Segalanya mungkin, kerana dizaman beliau berkarya, ramai pemuzik jazz negro kontemporarinya dari kalangan Black Muslim yang tidak menggunakan nama Islam mereka. Gambar ilustrasi: Gonzalo Rubalcaba, pianis dari Cuba yang mencabar klise Jazz hanya ada di USA. Berjaya mencurahkan unsur unsur Afro-Cuba ke dalam dulang kontemporari, diayak mengikut rentak bebasnya jazz.

8 komen:

Khalid Jaafar said...

Saya cuba menikmati jazz dan mendengar "A Love Supreme" berkali-kali. Tetapi kurasa jauh di belakang aria-aria Puccini dan Verdi. De gustibus non disputandum!

rastom said...

ouais! c'est vrai!

Puan Ainon Mohd. said...

Satu lagi entri menarik. Maaf Janda Baik ada problem internet, baru hari ini dapat diaktifkan, barulah dapat jenguk tulisan kawan2.

rastom said...

puan ainon merhaba! kak dela? (rusia:apa khabar)

Puan Ainon Mohd. said...

Waras.... (Jawa: Baik!)

Puan Ainon Mohd. said...

Hari ini saya bacalah semula entri ini (sebab tidak ada entri baru). Saya suka ayat terakhir itu. Amat visual anologinya. "diayak" amat visual, amat dinamis semantiknya, amat segar kebaruannya!

rastom said...

xiexie ni, (sambil makn nasi gulai ikan kayu (tongkol)}

Anonymous said...

Minat saya pada alunan piano dan nyanyian Ray Charles...Georgia salah satu lagu yang digemari meskipun bukan datangnya dari sana...Tuan permohonan entri dari Tuan Rastom untuk anak muda seperti saya... Pendekatan cara menjiwai bahan bacaan berat seperti bahan-bahan bacaan khutub khanah dalam blog ini. Saya orang baru amat berminat hendak belajar caranya dari Tuan Rastom