bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

14.6.06

Tan Sri Dr Zaaba

oleh rastom |

Satu buku yang nipis tetapi isinya agak revolusioner pernah saya baca karangan Zaaba . Malangnya entah kemana perginya buku itu. Judulnya kalau tak silap saya, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Itulah satu buku motivasi yang mendahului zaman, sebelum muncul pakar-pakar motivasi (ramai diantaranya kini mengajar anda menjadi jutawan). Gaya Zaaba cukup mudah dan berkesan. Artifak yang ada untuk mengenang Zaaba yang saya tau ialah Kolej Zaaba. Mungkin ada lagi dilain tempat. Alangkah baiknya kalau wacana Zaaba dan sumbangannya dalam membangunkan intelektual bangsa dapat dianjurkan. Nostalgia kepada Zaaba tercetus selepas membaca jawapan Anwar kepada Mahathir di mahkamah hari ini. Satu episod yang tak termasuk dalam dokumen tersebut tetapi entah rasanya ada kaitan dengan integriti ajaran Zaaba ialah sewaktu Abdul Hamid Omar (ada bau bacang dengan aku) kata dia terpaksa akur titah Raja, untuk menjadi khalifah Tribunal tersebut,walaupun tindakannya melanggar etika.

4 komen:

Khalid Jaafar said...

Martin Luther King menggunakan ungkapan the content of our character. Tolong jadikan kitab pendita itu menjadi e-kitab. Boleh sama-sama kita baca.

rastom said...

kalau jumpa nanti, boleh!

Nisah Haji Haron said...

sedikit komen : ejaan yang betul ialah Za'ba - kerana nama itu ialah singkatan kepada nama Zainal Abidin bin Ahmad yang dieja dengan tulisan jawi iaitu zai 'ain ba alif.

Pun, saya menyokong kenyataan sdr.

Nisah Haron

rastom said...

terima kasih sdri Nisah, saya selalu tercari cari yang mana satu yang standard, nah sekarang dah boleh terus piawaikan - Za'ba!