bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

11.6.06

OpenOffice dan Keberkatan

oleh rastom |

Di Universiti Terbuka saya temui perbualan mengenai topik yang menarik. Penggunaan sofwer Open Source dan Harta Intelektual. Saya setuju kalau kita beralih menggunakan Openoffice (OO) kerana beberapa faktor lain termasuk status tanpa lesennya. Faktor lain ialah kurang songehnya berbanding yang satu lagi. (Malas nak sebut nama sebab dah lama tak gunakan jenama itu). Gambar disebelah ialah Lawrence Lessig. Dari faktor sejarah undang undang yang berkaitan copyrights, patents dan trademarks, undang undang ini bermula dengan hasrat menjaga kepentingan para pemodal dan pencipta/karyawan dalam sistem kapitalisme yang baru tumbuh gigi di Eropah kemudian beralih pusat pembiakan kapitalis ke Amerika Syarikat. Korpus undang undang yang kita pakai di mahkamal sivil adalah dari ibu kapitalisme. Ada semacam batu penghalang yang diwujudkan didalamnya yang bermaksud menjaga kepentingan pemodal (atau karyawan dibawah naungan pemodal) dan meminggirkan pihak lain. Masalahnya, undang undang ini wujud seperti kain gebar yang menyelimuti kesemua bidang tanpa rincian untuk kerja kerja mengembangkan ilmu. Bila teknologi seperti ICT meledak, ia mengesani banyak bidang muamalat kita termasuk ehwal copyrights. Microsoft pandai manipulasi dan membiakkan bisnes guna kain selimut Intellectual Property. Ditirunya sistem Windows dari Apple Mac dengan sedikit modifikasi. Diambilnya code code tertentu dari sumber Open Source tanpa kredit diberikan. Asal usul internet bermula dari kerja mengkaji bukan berdagang, tetapi justeru membiak di alam kapitalisme, lambat laun wahananya turut membantu dunia dagang. Pun demikian, cuma grup e-dagang yang faham tabiat semulajadi internet sahaja yang berjaya, bukan jenis e-dagang totok yang hanya mau jual-jual-jual tanpa keuntungan dua hala. Bersambung selepas secawan kahwa.. Open Source bukan satu rujukan muktamad kepada satu benda atau perkara. Ada fahaman Richard Stallman, dan lain pula halnya dengan grup Creative Commons Lawrence Lessig. Kedua duanya dan beberapa nama lain amnya mencabar kekangan peruntukan dalam undang undang copyrights yang bersangkutan sofwer. Saya lebih terdorong untuk menyokong gerakan Open Source kerana ia lebih memihak kepada usaha mengembangkan ilmu dengan penggunaan sofwer, bukan mengembangkan akaun bank pencipta sofwer. Jika diikutkan kepala otak Bill Gates dan rakan rakan, dominasi dan monopoli sofwer tidak akan memupuk perkembangan ICT seerti yang ada sekarang. Contoh: server web yang membawa data kepada PC anda sekarang kebanyakkannya dijana oleh Apache, satu sofwer Open Source. Sikap keterbukaan aktivis Open Sourcelah yang memungkin ledakan informasi - contoh: Blogger.com memberi ruang percuma kepada saya dan ramai lagi. (Walapun selalu kantoi, sebab terlebih langgan). Saya belum lagi masuk bab keberkatan dalam mengguna sofwer. Mungkin selepas secawan kahwa lagi.......

10 komen:

me,myself n all around da world said...

OS, penah guna tapi agak susah dikendalikan berbanding window.

sofwer,perkataan ini telah dimelayukan?

zarch said...

Saya tertarik dengan blog saudara, semoga Allah memberi keberkatan waktu pada saudara untuk terus memblog....
danke.

http://zar4art.blogspot.com

Puan Ainon Mohd. said...

Terima kasih, terima kasih (sambil tunduk kepala). Bagusnya maklumat yang tuan tulis ini.

rastom said...

me,myself n all around da world OS yang dibangunkan untuk Windows pun dah banyak: Audacity (edit audio), Open Office untuk Windows, GIMP (boleh edit grafiks) dan lain lain sofwer kecil seperti editor teks dan IDE untuk memprogram: Python, Perl dan sebagainya. OS yang susahnya kerana ia konsep macam kereta yang tak guna gear automatik.
zar zh, topik blog anda ada satu pengkhususan yang berpotensilah!
puan ainon saya kini kembali takut dengan pujian.

Khalid Jaafar said...

Saya cadangkan pembaca "Bahasa Duniawi" menghadiahkan kopi kepada Rastom supaya lebih cepat dia meng'open'kan maklumat yang ada di dalam otaknya untuk kita semua. Kopi jenis apa kesukaan kau Rastom?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom,

Apakah tuan takut kepada pujian selepas membaca blog saya tentang kemahiran sosial bagi penulis sepenuh masa?

Mungkin tuan fikir saya memuji untuk tujuan bisnes. Jadi tuan terasa saya tidak ikhlas memuji entri-entri tuan.

Saya ini orangnya mulut tajam. Kalau saya puji, saya pujilah tu, tunggu sampai saya kritik.... Orang-orang yang kenal saya tahu, saya tidak sorok-sorok apa yang suka ataupun tidak suka.

Bukankah untuk entri tuan yang saya tidak faham, saya tulis nota bahawa saya tidak faham...

Entri tuan tentang OpenSource ini memang bagus. Ada maklumat yang saya tidak tahu sehinggalah saya membaca entri ini.

Hidup OpenSource!

.

rastom said...

puan ainon, xie xie ni!
memang anda secara tidak sedar mengamalkan budaya OS dengan sikap keterbukaan itu. Dengan semangat seperti OS inilah sesuatu sofwer itu dapat dibangunkan dengan pelbagai koreksi dari pihak lain. Kod sumber untuk sofwer OS terbuka untuk semua saintis sofwer untuk dibedahsiasat dan penambahbaikkan tak seperti sofwer komersial yang tertutup kod sumbernya. Itu satu punca kenapa Microsoft Windows sering digodam dengan virus pelbagai. Terima kasih!
(tok guru alghazali yang pesan bab pujian tu ya, heheh)

Puan Ainon Mohd. said...

Lamanya tuan rumah ini minum kahwa... sudah 3 kali kita datang, dia masih belum sambung kuliah! Berapa teko dia minum agaknya!

Norziati Mohd Rosman said...

OS mula-mula nampak susah, tapi bila dah biasa guna, ok sahaja.
Macam makan nasi juga...kalau dah biasa guna tangan, masa mula-mula guna sudu mesti kekok.
Tapi guna OS ni kena banyak sabar. Angin jugalah satu badan....

Puan Ainon Mohd. said...

Oleh sebab tuan rumah ni lama sangat minum kahwa... saya nak rampasan kuasa blog ini... tumpang kuliah Bab Pujian.

Nabi Muhammad, salam dan salawat ke atas baginda, ada berpesan supaya kita jangan mendekati orang-orang yang suka memuji.

Namun pada waktu yang sama beliau banyak memuji orang-orang di sekelilingnya, baik lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak.

Jadi perbuatan memuji adalah sunnah Nabi Muhammad. Dalam Quran pun Allah banyak memuji individu-individu. Jadi memuji pun sunnah Quran.

Saya sudah membuat kajian ciri-ciri pujian yang Nabi Muhammad berikan kepada 60 orang sahabatnya, dengan menggunakan maklumat yang terdapat dalam buku (ed. terj.) 'Men Around The Messenger' oleh Khaalid Muhammad Khaalid, diluluskan oleh al-Azhar al-Sherif.

Dengan demikian, apabila saya memuji, saya berpandukan teknik Nabi Muhammad memuji. Mudah-mudah saya mendapat pahala sebab ikut teknik Nabi.

Hai Tuan Rastom! (ini pun saya ikut Nabi, baginda suka menyebut nama orang yang diajak bercakap)Belum habiskah minum kahwa itu?.... (Adat orang berguru, sabar sajalah...)

.