bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

powered by ODEO Wayang kulit Kedah banyak melakukan improvisasi. Jalan cerita dan watak disesuaikan dengan suasana kontemporar. Wayang Kelantan, Jawa atau di Thailand masih mengekalkan watak watak asli seperti Hanuman dsb. Kerana corak kekiniannya wayang kulit Kedah, kumpulan ini masih mendapat sambutan di kawasan utara. Isu isu terkini seperti dasar kerajaan dan gelagat Mat Rempit menjadi tema persembahan. Pernah mewakili negara ke persembahan seni budaya antarabangsa di Eropah. Bahasa Melayu loghat Kedah digunakan pada dialog intro. Dalam loghat Kedah pula terbahagi kepada beberapa sub-dialek. Yang digunakan oleh Pak Majid dalam audio ini adalah dialek yang biasa digunakan di sekitar Changlun, Hosba, Napoh yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Bahasa kedua masyarakat wilayah ini bukan bahasa Inggeris tetapi bahasa Thai. Sawadde Kap!

5 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom,

Dulu saya pernah menonton persembahan Pak Etong.... heronya naik Harley Davidson!

Ada semacam kesan yang ditinggalkan oleh gaya bahasa dialek lokal Pak Etong, iaitu persembahan wayang kulit tersebut terasakan kurang darjat Seni Tingginya. Semacam terasa ia seni marhaen begitu....

rastom said...

puan Ainon, memang begitulah sekarang cork persembahan pak Majid, sudah komersial, untuk Seni Tinggi mungkin kena tonton wayang dari Thai, Jawa atau kelantan.

Puan Ainon Mohd. said...

Mengapa wayang kulit Pak Etong yang cuba menyesuaikan diri dengan zaman harus membayar kejayaan itu dengan harga kemerosotan darjatnya sebagai suatu Seni Tinggi, adalah suatu fenomena yang menarik bagi kajian.

Saya melihat bagaimana karya wayang kulit Pak Etong menjadi real, se-real Harley Davidson, maka karyanya itu hilang fungsi-fungsi simbolismenya.

Sewaktu saya menonton dulu, yang ketawa adalah kanak-kanak dan orang muda, yang prejudis saya mengatakan, bukan orang yang mampu menikmati Seni Tinggi. Wayang kulit Pak Etong serupa appealnya dengan 'Senario' ataupun 'Baik Punya Cilok'.

Saya dapati darjat seni sesuatu karya itu turun apabila cerita itu adalah cerita real.

Bandingkan ini dengan epik Ramayana dan epik Hang Tuah. Sayangnya epik Hang Tuah tidak pernah disampaikan dengan menggunakan media wayang ulit. Mengapa agaknya?

rastom said...

puan ainon, kita ambil contoh satu karya muzik ditulis khusus untuk persembahan sebuah orkestra filharmonik yang lengkap. Katakan lagu Hungarian Rhapsody. Orkestra tersebut akan setia dengan apa yang tercatat didalam skor tersebut, seboleh bolehnya mau dimainkan seperti yang pernah dipersembahkan pada asalnya. Jika karya tersebut dimainkan oleh kumpulan gitar rancak seperti kumpulan Queen yang persembahkan Bohemian Rhapsody, ia jadi macam Etong dengan Harley Davidson, sudah jadi bahan konsumen massa.Walaupun ada unsur elitis dalam seni Tinggi, harus difaham bahawa untuk itu perlu disiplin dan ketrampilan mengurus - cuba lihat dalam keanggotaan ahli muzik filharmonik, berapa kerat Melayu yang ada. Kemudian bandingkan dengan bersepahnya kugiran Melayu dan artis pop melayu. Yang mudah, senang dan kurang disiplin itulah yang dipromosikan oleh media massa kita. Kesian!

Puan Ainon Mohd. said...

Ya(angguk-angguk), betul pendapat tuan itu. Saya setuju... media massa kita ini tidak duduk bersama Seni Tinggi.