Langkah JAKIM mengharamkan buku buku tentunya berniat murni. Zaman sekarang niat murni sahaja belum cukup berkesan kerana faktor dunia tanpa sempadan. Sesuatu yang tersorok lebih membuat orang teruja maka kemungkinan buku buku tersebut terus jadi buruan peminat buku yang tau selok belok sempadan duniawi internet. Jika tiada hard-copy, orang boleh cari versi elektronik. Mau format apa? PDF? Microsoft Lit? RTF atau TXT biasa? Apa, tidak percaya? Saya boleh dapatkan kesemua buku buku Karen Armstrong dari internet tanpa mengunjungi kedai buku. Hinggakan yang terkini dari Karen Armstrong - The Great Transformation!Secara percuma pun boleh. Baiklah, kalau begitu apa metode yang terbaik untuk JAKIM usahakan? Jika niat murni JAKIM ingin mengekalkan kemurniaan aqidah, JAKIM boleh menggunakan khidmat saya untuk membuat sorotan buku buku tersebut, mungkin dalam blog ini. Sekurang kurangnya ada juga peluang pekerjaan untuk saya. Jika saya tidak mampu mengupas bab bab yang terlalu khusus, saya boleh gunakan networking saya dengan beberapa orang pakar. Dengan membaca sorotan buku buku tersebut, para pembaca biasanya akan terneutral keterujaannya untuk mencari cari buku buku tersebut. Pengguna internet tidak suka buang masa. Soalnya adakah JAKIM mampu mengubah paradigma bertindak sesuai dengan keadaan semasa. Bukankah sekarang kita mau wujudkan e-government?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2006
(78)
-
▼
June
(19)
- rak buku maya 1
- Da Vinci Code
- NONZERO untuk Malaysia
- Jakim boleh minta khidmat saya
- Kris pelbagaiguna
- DBP dan rempuhan globalisasi
- disinformasi
- Caca Merba Potpourri
- Kenapa saya suka muzik jazz
- Tan Sri Dr Zaaba
- Semakin menarik!
- Open Source dan Keberkatan : Finale
- Open Office dan Keberkatan II
- OpenOffice dan Keberkatan
- Hizbut Tahrir: Satu Sistem Monolitik dalam bikinan
- tiru macam saya? jangan!
- Wayang Kulit Kedah: Langgar Tradisi
- Puan Ainon, PTS dan Amazon
- malay sounds and spelling
-
▼
June
(19)
About me
Categories
- benchmark (1)
- wordpress. blogger (1)
6 komen:
JAKIM jangan cuma rajin haramkan buku, tetapi mesti rajin terbit buku. Sekarang ini status JAKIM adalah penerbit buku-buku agama yang No. Wahid lembap. Penerbit mamak lebih aktif, padahal peruntukan JAKIM amat besar.... duduknya pun di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Takkan JAKIM tidak mampu ambil Tuan Rastom sebagai konsultan buku dengan tugas membaca dan membuat sinopsis buku-buku yang "disyaki" membahayakan aqidah golongan yang membaca buku-buku berat dan serius.
Apa kaitan buku-buku yang diharamkan itu dengan kesesatan aqidah rakyat Malaysia? Ayah Pin yang tidak membaca buku-buku serius pun sesat, dan JAKIM sampai sekarang tidak dapat membantu pihak polis mengesan di mana beliau berada.
Kenapa JAKIM tidak haramkan Da Vinci Code, baik buku mahupun filemnya? Buku itu mengatakan Jesus (yang pada tanggapan ramai adalah Nabi Isa as) berkahwin dengan seorang perempuan pelacur bernama Magdalena. Apa rasional JAKIM? Kita hendak dengar bukan setakat alasan sesuatu buku itu diharamkan. Kita juga hendak dengar alasan mengapa sesuatu buku itu TIDAK diharamkan, khususnya buku2 yang macam Da Vinci Code itu, yang Vatican pun sudah 'haramkan'.
mantan pegawai JAKIM tentu masih ada contact dengan JAKIM, elok juga beri nasihat untuk mengtransformasikan JAKIM selaras dengan e-government.
Buat pengetahuan Tuan Rastom, pegawai2 JAKIM yang junior memang mahu bekerja kuat dan lebih aktif menggunakan IT tetapi mereka yang senior, dan si dia yang paling senior, tidak mahu apa-apa aktiviti baru yang mungkin menyusahkan mereka dari segi perjawatan masing-masing.
Mantan Jakim....
Buku da Vinci Code tu tak elok haramkan....kalau rajin jawablah buku itu. Atau buat filem yang lebih dramtik dari da Vinci Code tuu....
Jangan nak suruh orang haramkan sahaja...
Tuan Amir Sari, saya tak kata Da Vinci Code patut diharamkan. Saya kata JAKIM patut beri alasan mengapa buku itu TIDAK patut diharamkan (alias buku itu baik bagi bacaan orang Islam)
Sekarang ini JAKIM cuma beri alasan apabila ia haramkan buku, tapi tidak beri alasan apabila ia TIDAK haramkan buku. Ini 'lateral' logic. Betul tak, Puan Ainon?
Mungkin Tuan Amir boleh beri hujah2 jitu mengapa pada pendapat tuan Da Vinci Code bagus dibaca oleh orang2 Islam di negara kita.
Bila jakim nak jadi lebih aktif?badan kerajaan yg lain sedang mentransformasikan perkhidmatan untuk rakyat ke arah yang lebih baik.
Post a Comment