bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

Khalidjaafar.org menjolok sarang tebuan yang sedang dalam proses bikinannya di Malaysia. Hujahnya sudah saya baca di ummahonline.com, Mengingatkan saya kepada fenomena yang sering berulangkali menimpa orang Malaysia, Melayu khususnya, yakni fenomena sekim cepat kaya (SKC). SKC itu satu idea dan idea dipromosikan kepada umum yakni manusia yang memerlukan sesuatu untuk memenuhi atau mengisi sesuatu keperluan. Dengan masyarakat Melayu, idea yang bersalut agama boleh dijamin kelarisannya. Pak Man Telo dulu pun menjual ideanya untuk membantu orang Melayu/Islam. Akhirnya bantuan rupa rupanya bantuan mengosongkan wang simpanan kita. Saya tidak pernah tertipu dengan apa apa SKC, sebab itu sampai sekarang tak kaya. Saya melihat usaha merealisasikan Hibut Tahrir, menghidupkan semula sistem khilafah sebagai satu usaha mewujudkan semula satu sistem monolitik yang dari segi saintifiknya seolah seperti satu gostan. Dari urutan sistem manusia menyusun tadbir urusannya yang monolitik dilihat dalam sejarah menemui kehancuran. Lihat sistem Osmaniah. Sistem Empayar Roman Katolik, Komunis di Rusia dan China, lihat juga Empayar Melayu, Srivijaya dan Majapahit. Semua itu idea sistem monolitik. Dalam sains komputer, sistem monolitik akhirnya terpaksa dirombak menjadi sistem kecil yang di panggil microkernel, supaya lebih mudah diurus. Satu Malaya yang monolitik (Malayan Union) ditolak akhirnya jadi persekutuan. Nampaknya warisan megalomania Mahathirism juga dianuti oleh aktivis Islam masakini.

9 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, saya pun tidak pernah terpedaya oleh SCK. Beli apa-apa saham BSKL pun tidak pernah.... tapi saya sekarang sudah kaya... (sambil senyum2)....saya sudah mampu membangunkan penerbit buku-buku Melayu yang membayar ratusan ribu ringgit royalti setiap tahun kepada pejuang2 ilmu dalam bahasa Melayu.... Inilah kekayaan yang tidak ramai orang lain menikmatinya. Orang lain kaut untung... saya bagi-bagi untung (sambil senyum2 lagi).

Tidakkah tuan sudi masuk kelab PTS?

Pegawai2 PTS akan membuat pertemuan dengan penulis2 utara, apakah tuan tidak ingin bertemu mereka?

rastom said...

Puan Ainon, Saya sudi sangatlah, tapi penulis blog ini tak pernah konsisten, takut mengecewakan. Siapa dia Pegawai PTS tu? Wah! Hebat juga PTS ini ya.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, hubungi Cik ashikin@pts.com.my Beliau dapat memberitahu detail rancangan PTS ke Utara. Minggu ini mereka berjumpa dengan penulis2 Pahang.

Tuan bawa anak isteri, mana tahu selepas mendengar penerangan pegawai2 PTS, isteri tuan berminat menulis buku untuk bacaan anak-anak sendiri. (saya andaikan tuan berkeluarga).

Khalid Jaafar said...

Ini satu hujah yang tajam yang tak pernah terfikir oleh saya. Akan saya beritahu ummahonline.

me,myself n all around da world said...

kenapa dipanggil "gostan"??

me,myself n all around da world said...

pn ainon,
perjumpaan dgn penulis2 pahang dibuka kpd umum atau hanya utk ahli2 shj?? pahang di mana?

rastom said...

me,myself n all around da world, gostan (English: Go Astern) mundur ke belakang. Ingat Gus Dur dulu ada jawab kepada para demonstran, Undur Pak Undur......Lhoh! Mana bisa ngundur, mau maju pun susah (sambil meraba raba tongkatnya)

me,myself n all around da world said...

ya, tetapi mengapa yg membuatkan sistem monolitik ini tidak practical di zaman srkg?

adakah kerana manusia semakin bijak??

rastom said...

me,myself n all around da world, contoh mudah: bila rumah kita terlalu besar, semakin banyak sawang dan habuk kecuali kita upah ramai pembantu rumah yang ada diantaranya tidak boleh dipercayai sangat. Kereta yang besar juga kuat guna petrol, atau seorang peniaga gerai tiba tiba buka restoran besar, tak mampu kendalikan layanan yang seperti ia lakukan semasa bergerai dulu.