bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

4.6.06

Puan Ainon, PTS dan Amazon

oleh rastom |

Terima kasih kepada Puan Ainon diatas kesudian menjengah masuk. Ada banyak perkara saya pelajari dari beliau (termasuk laman web/blog PTS dan Sastera Islami. Saya selalunya hilang fokus bila memblog sesuatu, ikut rasa.Blog terdahulu dalam BI sepatutnya dimasukkan ke satu ruangan khas yang satu lagi yang telah saya sediakan: AUDIOBAHASA. Sumbangan puan dalam kedua dua weblog puan tersebut di atas tadi saya kira satu milestone dalam pustaka blog bahasa Melayu. Belum ada yang komprehensif begitu. Menepati kehendak zaman dan memang kena dengan kehendak e-dagang yang berlandaskan C->T->P->M. Apa itu CTPM? C merujuk kepada Content. T kepada Traffic, P ialah Presell dan akhir sekali ialah M untuk Monetize. Itulah caranya e-dagang beroperasi. Begitulah juga caranya kebanyakkan portal e-dagang yang berjaya beroperasi. Cuba perhatikan, faktor wang (monetize) berada di susunan terkebelakang, sementara untuk organisasi yang gagal berE-dagang dalam internet walaupun berbelanja besar gagal kerana meletakkan faktor wang, dan jualan dihadapan. Buka saja laman terus letak harga barang. Sifat pengguna internet dikenalpasti diseluruh dunia sebagai makhluk dahagakan info. Dari info yang diberikan lahirlah kepercayaan. Tak kenal maka tak cinta. Kenapa Google berjaya sedangkan mereka tidak menjual apa apa? Google tahu orang suka mencari maklumat dan ia menjadi portal carian terunggul. Terlalu berkesan sehingga namanya Goggle menjadi satu derivatif. Cubalah kau Goggle tengok....tentu ada ..Dari kejayaan Google kita boleh buat rumusan bahawa manusia sentiasa mencari maklumat. Puan Ainon sudah mulakan sesuatu yang menepati skima asas e-dagang. Blognya punyai maklumat yang dicari. Kepercayaan dan traffic sudah ada, langkah seterusnya beliau perlu mengkaji dan melihat sistem yang berjaya dilaksanakan oleh Amazon.com .Mereka bukan sahaja menjual buku, malah sorotan buku oleh pengunjung lamannya juga menjadi daya penarik kepada pengguna lain yang dahagakan info. Dengan sedikit pelaburan ke arah ini saya kira Puan Ainon mampu membawa satu pembaharuan. Ingat, mereka juga mengharapkan cek cek kecil.

3 komen:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom yang budiman,

Alangkah tepatnya tuan membaca motif di sebalik blog UniPTS, blog SasteraIslami, dan web korporat PTS!

Terima kasih banyak-banyak atas entri tuan hari ini, yang tuan dedikasikan kepada dua blog saya dan web korporat kami.

Meskipun tuan memuji blog saya dan web PTS, saya berasa tuan bukan memuji saya, melainkan tuan hendak memberitahu pengunjung2 blog tuan akan wujudnya suatu model blog dan web dalam Bahasa Melayu yang efektif bagi tujuan e-dagang. Jadi saya berasa amat suka hati membaca apa yang tuan tulis itu.

Kalaulah tuan dapat melihat air muka saya saat ini (yang senyum2 sendirian dalam library-cum-kamar tidur), tuan tentu suka hati juga mengetahui bahawa kata-kata yang tuan tuliskan itu telah menggembirakan seorang perempuan tua macam saya....

Apabila selesai membaca entri tuan, hilang rasanya penat lelah mencipta blog saya selama ini. Syukur! Syukur!

Hari ini hati saya amat suka! Tuan yang saya hormati blognya, rupa-rupanya membaca perjuangan saya yang tersirat.

Seronoknya saya hari ini!

Khalid Jaafar said...

Betul-betul. Pengunjung-pengunjung kita bukan sahaja rakan maya tetapi juga pasaran. Kita berniaga sesama kitalah!Siapa nak jual buku IKD?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Rastom, tumpang lalu....

Tuan Khalid,

PTS Distributors Sdn. Bhd. mungkin boleh mengedarkan buku-buku terbitan IKD.

Mohon tuan hubungi Pengurusnya, En. Zaharin, pada alamat ini zaharin@pts.com.my ataupun 012 236 5460.

Nanti saya akan tulis emel kepada beliau dan memperkenalkan siapa tuan dan apa itu IKD.