bahasa duniawi...

membina kitab menyuluh dunia Orwelliah

22.6.06

DBP dan rempuhan globalisasi

oleh rastom |

Baru baru ini frasa rempuhan globalisasi menjadi ikutan ramai. Dalam majlis sambutan DBP 50 tahun dengan menara barunya Dr Firdaus sebut juga fasal rempuhan dan pemerkasaan>>> Globalisasi dianggap sebagai satu gergasi yang bakal merempuh dan meranapkan>>apa kata kalau dilihat dari paradigma lain? Kenapa tidak dilihat globalisasi sebagai satu peluang untuk DBP merempuh keluar bahu membahu dengan globalisasi? Bukankah menara itu lambang sesuatu yang towering?

5 komen:

Anonymous said...

Ulang tahun ke 50 disebut juga sebagai 50 tahun kelahiran, tapi bila jenguk-jenguk dan beliak-beliak rupanya seperti ulang tahun kematian. Memang mati dan hidup disebelah-sebelah. Seorang teman baru pulang dari majlis sambutan, katanya masih mengusung keranda 152, dah berzaman itu juga lambangnya. Elok juga rasanya keranda 152 itu ditukarkan sahaja namanya kepada keranda DBP.

Khalid Jaafar said...

DBP dipimpin oleh minda-minda tertewas.

Anonymous said...

Mungkin Datuk Johan Jaafar minda yang belum tewas.

Anonymous said...

DBP GAGAL. BAHASA MELAYU MASIH JAUH DITELAN ZAMAN! KE MANAKAH BAHASA PERPADUAN ,RASMI , KEBANGSAAN , MALAYSIA , MELAYU DALAM 50 TAHUN INI ? Bahasa Melayu mesti terus diperjuang , dimartabatkan , diperkasa dan diperkukuh lagi!

Bahasa itu jiwa bangsa atau politik?
Soal bahasa pun hendak dipolitikan. Semasa Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri , penggunaan bahasa baku ditekankan dan selepas kejatuhannya seolah-olah aspek ini kurang ditekankan.

Anonymous said...

Malas nak cakap pasal DBP....